Quantcast
Channel: wayne harraz
Viewing all 951 articles
Browse latest View live

Tutorial membeli supplement di iHerb.

$
0
0

Tutorial ringkas beli online di iHerbs


Assalamualaikum. Lama pula rasa tak update blog ni. Hihih... Okok. Hari ni Abe We nak tunjukkan cara ataupun tutorial ringkas cara membeli supplement di iHerbs.

Alhamdulillah. Ada juga rakan-rakan di luar sana yang bertanya tentang cara membeli supplement di website ni.

Ada juga yang bertanya perlu kah surat KKM? Dari pengalaman Abe We, tak perlu surat tu semua. Beli di sini sama macam kita beli di Lazada, Zalora atau lain-lain website lagi.

Bagi yang nak berjinak-jinak nak beli supplement di iHerbs ni, jom kita follow tutorial ni.

1. taip www.iherb.com. Adalah lebih mudah jika kita Create an Account. Klik sahaja Create an Account supaya pembelian kita di lain hari, kita akan dapat potongan harga.

iHerb


 2. Masukkan details yang di perlukan.

iHerb

3. Setelah berjaya Create an Account, semak email anda dan log in semula ke iHerbs. Terdapat banyak jenis supplement yang di kategorikan seperti di no. 1 di dalam gambar di bawah ini.

Sebagai contoh, Abe We pilih Herbs (di no.2) dan seterusnya memilih Rhodiola Rosea (di no.3).

iHerb

4. Di sebelah kanan di no.1, terdapat option pilihan senarai rating produk tersebut. Kebiasannya Abe We pilih mengikut komen dan jumlah bintang yang di berikan oleh pembeli lain seperti di no.2 di bawah ini. Komen terbanyak menunjukkan ramai pembeli telah menggunakan produk itu dan kita boleh membaca komen mereka samada ia bagus ataupun tidak.

iHerb


5. Setelah memilih produk yang anda kehendaki, sila klik Add To Cart yang berada di sebelah kanan.

iHerb

6. Setelah klik Add To Cart, paparan yang di tanda anak panah merah akan segera kelihatan. Anda terus klik Checkout jika tiada pembelian lain.

iHerb
 7. Terdapat 3 opsyen pos yang di tawarkan. Sebelum ini ada opsyen. Tetapi di sebabkan masalah tertentu, iHerbs mengekalkan DHL dan UPS. Global Mail adalah rakan baru di iHerbs.

Bagi Abe We, Abe We gemar menggunakan khidmat DHL kerana dia mempunyai tracking number yang membolehkan kita trace/jejak barang kita dan tempoh penghantarannya adalah selama seminggu sahaja.

Sebelum ini Abe We guna pos yang paling murah. Tapi 6 minggu baru sampai. Memang lama gila kot.

iHerb

8. Bila masuk ke kaedah pembayaran, masukkanlah detail kad kredit atau debit anda dan ikutilah arahan yang lain sehingga tamat cara membayar.

iHerb


Bagi Abe We, beli supplement di iHerbs ni memang berbaloi. Lagi berbaloi kalau kita beli banyak-banyak.

Selamat membeli.......

bacaan sebelumnya:-

http://www.wayneharraz.com/2016/05/iherb-menjual-produk-kesihatan-dan-harian-berasakan-produk-natural.html

http://www.wayneharraz.com/2016/06/beli-barang-dari-luar-negara-secara-online-kali-ke-2.html



SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Jadual EPL minggu ke-2

Servis terbaik dari guitarcollection.com.my

$
0
0

Beli tali gitar - order petang ni, esok pagi sampai


Ya, antara hobi Abe We jaman muda remaja ialah bermain gitar. Walaupun tak tera mana main, tapi boleh lah mengalunkan sebiji dua lagu.

Dan bila dah ada gitar, penjagaan talinya juga haruslah di jaga dengan rapi. Bila putus talinya, harus di ganti baru. Bak kata pepatah "patah tumbuh, hilang berganti". Pergkhhhh...bermadah helah pulak malam ni.

Ok lah. Di sebabkan gitar Abe We ni putus talinya, Abe We pun pergilah ke website http://www.guitarcollection.com.my/.

guitarcollection.com.my


Ini merupakan kali ke-2 Abe We beli tali gitar di website ni. Mula-mula dulu Abe We beli tali gitar elektrik jenama GHS.

GHS

Abe We pun baru je try tali gitar GHS ni sebab banyak tengok ia jadi pilihan rockstar. Kalau dulu Abe We pakai jenama Ernie Ball super slinky.

Ernie Ball super slinky
Tapi di sebabkan cepat karat, Abe We tukar kepada GHS.

Tapi kali ni, Abe We beli tali gitar akustik. So nak pakai jenama Martin & Co. sebab ada diskaun di http://www.guitarcollection.com.my/.

Martin & Co

Haaaa...tengoklah. Baru RM16.10. Murah tu...Tapi minimum kena beli 2 item. Campur postage RM5. Still murah lagi.

Tapi yang paling best lagi. Abe We beli hari isnin petang. Dalam pukul 3 lebih gitu. Lepas tu dapat Whatsapp dari seseorang. Rupanya dari staff guitar collection ni. Dia bagi gambar tracking no GDEX. Masa tu da pukul 4 petang. So, Abe We target paling cepat pun barang sampai hari rabu.

guitarcollection.com.my

Tapi terkejut juga Abe We, hari selasa pagi dah sampai!!! Memang terbaik servis dari http://www.guitarcollection.com.my/ ni. Abe We memang rekemen sangat!!

guitarcollection.com.my



SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Gempa bumi 6.2 magnitude landa Itali

$
0
0

63 orang mati dan 150 orang hilang

Sekurang-kurangnya 63 orang mati termasuk 2 bayi dan lebih  150 orang di laporkan hilang setelah satu gempa bumi berukuran 6.2 magnitud telah menghentam Norcia, Itali.


Gempa bumi itu telah melanda bandar-bandar di pergunungan Umbrian dan kampung-kampung Amatrice, Accumoli, Arquata del Tronto dan Pescara del Tronto. Kekuatan gempa bumi ini adalah begitu kuat dan ia juga telah menggegarkan bangunan di pusat bandar Rom lebih daripada 100 batu jauhnya dan dirasai sejauh Croatia.

Mereka yang terselamat menyifatkan adegan 'dahsyat' di bandar-bandar dan kampung-kampung berhampiran bandar Perugia - ibu kota wilayah Umbrian yang menjadi tarikan pelancong.

Pusat gempa berada dekat Norcia di Umbria, kira-kira 105 batu ke utara timur Rom, dan menyebabkan jambatan dan tanah runtuh dan beberapa kawasan masih terputus hubungan dengan pasukan kecemasan hanya mampu untuk sampai ke sana dengan berjalan kaki.


Catastrophic: Only a few buildings appeared to still be in tact amidst the absolute devastation in the town of Amatrice 

Escape: An injured man covered in dust is carried out of a crumbling building on a stretcher by a team of rescue workers in Amatrice 

Agony: A man is pulled out of the rubble with a large gash in his head following the earthquake in Amatrice

Saved: A man cries (left) as the injured local is delicately pulled from the rubble while another rescuer prevents bricks from sliding down on top of him

Ripped open: The bedroom interior of one resident's home in Pescara del Tronto is about the only thing that remains intact 

In ruins: Barely any buildings remain intact in the town of Pescara del Tronto after the devastating earthquake 

Pulled out: A team of rescue workers help gently lift a man from a devastated building in Amatrice



Reassurance: A rescue workers holds the hand of a traumatised woman after she was rescued from a collapsed building in Amatrice 

Debris: This is an overhead view of Amatrice, whose historic centre has been wiped out by the powerful earthquake overnight

Hard to help: Because of the mountainous location of the villages hit by the earthquake many of the roads are inaccessible and helicopters are being used to rescue locals from towns such as Pescara del Tronto (pictured)

Wiped out: An aerial view of Pescara del Tronto shows how the strength of the earthquake flattened towns 



SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Jersi baru Harimau Malaysia

Sakit tumit - Adakah petanda Heel Spur?

$
0
0

Sakit Tumit Lebih 1 Tahun


Ada sesiapa dekat sini yang alami sakit ni tak?

Actually, Abe We dah lama sakit ni. Dah dekat 1 tahun. Tapi tak buat apa-apa pun. Abe We biarkan je. Huhuhu...


Semalam bila main bola (al maklumlah dah lama tak main), bila lepas main tu, dia punya sakit.....

Abe We kena sakit ni masa main futsal tahun lepas. Selama ni tak de pun sakit ni. Tiba-tiba ada pula. 

Kalau pakai kasut, kuranglah sakitnya. Tapi bila dalam rumah, malas betul nak jalan. 

Jom kita baca apa dia Spur Bone.

Spur Bone

Spur Bone adalah unjuran bertulang yang berkembang di sepanjang pinggir tulang. Spur Bone (osteophytes) sering membentuk di mana tulang bertemu satu sama lain - dalam sendi anda. Mereka juga boleh membentuk pada tulang tulang belakang anda. Punca utama taji tulang kerosakan sendi yang dikaitkan dengan osteoartritis.

Punca Spur Bone


Spur Bone biasanya berlaku kerana tekanan atau menggosok tulang untuk tempoh yang lama masa yang berterusan. Ini boleh disebabkan oleh osteoartritis atau keradangan seperti tendinitis. Biasanya terdapat lapisan tulang rawan di sepanjang pinggir tulang di mana mereka datang bersama-sama untuk membentuk sendi. Dengan osteoartritis, lapisan rawan ini menjadi dipakai, dan tulang boleh gosok secara langsung terhadap satu sama lain. bentuk tulang baru sebagai tindak balas kepada tekanan atau keradangan. Ia adalah kaedah yang tulang ini cuba untuk menstabilkan atau melindungi dirinya.

Terdapat keadaan perubatan lain yang sering dikaitkan dengan Spur Bone. Ini termasuk keadaan yang dikenali sebagai plantar fasciitis. Ini adalah sejenis keradangan pada fascia atau tisu penghubung di bahagian bawah kaki di mana ia melekat kepada tulang tumit atau calcaneus. Meresap hyperostosis idiopathic rangka (DISH) dan ankylosing spondylitis kedua-duanya adalah gangguan keradangan yang menjejaskan ligamen badan dan menyebabkan taji tulang di tulang belakang.

Image result for spurs bone

Image result for spurs bone



Untuk post ni, Abe We rasa macam Abe We kena Heel Spur la. Sangat lebih kurang sama sakitnya. Tapi.....................

Malas pergi jumpa doktor....hahahahah

SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Pengalaman jadi pemandu Uber di Putrajaya

Jangan download dan gunakan Google Allo - Edward Snowden

$
0
0
Google Allo - Applikasi komunikasi terbaru

Siapa yang pernah dengar Google Allo? Abe We pun baru dengar dari http://www.anonews.co/snowden-allo-app/. Gara-gara baca website ni, syok pula Abe We membaca pelbagai info yang tidak kita ketahui.

Dari pemahaman Abe We, Google Allo ni applikasi yang sama seperti Whatsapp, Telegram dan lain-lain lagi.

Tetapi, satu amaran telah di keluarkan oleh Edward Snowden. Mamat ni memang terkenal kebelakangan ni. Bab mencuri data sulit kerajaan, memang dia power.


Dan, apakah amaran yang telah dikeluarkan oleh Edward Snowden ini? Jom kita baca sikit.

Google has finally released its new chat app after showing it off over the summer. It comes with a robot that watches everything people say and then stores it for later analysis, using that data to improve the app itself.
But that also means that chats are stored on Google’s servers indefinitely, and are able to be read by it. The company had initially indicated that the messages would only be stored temporarily, limiting the possible impact of any data breach and retaining some privacy for users.
Macam seram pulak baca kan? Segala apa yang kita taip, akan di simpan di dalam server Google. Bahaya betul. Kalau nak share apa-apa yang private, tak boleh share di sini. Kang ada duit dalam akaun bank tiba-tiba hilang.

Tapi...

But it now appears that Google won’t be doing that after all. Instead it will keep hold of all conversations.

Okok. Google tak buat macam apa yang kita fikirkan.

Tak mustahil juga, dia boleh buat. Kuasa dekat dia.

Hmmm...Macam mana korang rasa?


SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Pengalaman jadi pemandu Uber di Putrajaya - Part II

$
0
0

Cara register pemandu Uber


Bagi yang ingin mencari pendapatan sampingan, elok juga kita sertai Uber ni. Sebab apa, ianya mudah. Rata-rata di antara kita sudah memiliki kenderaan sendiri.



Tetapi tidak semua kenderaan boleh di daftarkan di Uber ni, Hanya kenderaan yang berusia di bawah 9 tahun sahaja yang di benarkan. (Oh, Abe We hanya ada beberapa tahun lagi sahaja untuk jadi pemandu Uber. Lepas ni kena beli kereta lain pula!)

Selain itu, anda perlu pergi ke websitenya di Uber Partners.

Sebelum itu, anda perlu scan dokumen yang di perlukan iaitu:-

  1. IC
  2. Lesen Memandu
  3. Cover Note Insurans Kereta Anda
Tiga (3) dokumen ini sangat wajib sebelum anda register di Uber. Setelah anda scan, uplodnya di website Uber Partners tadi.

Ianya akan mengambil masa mungkin agak lama. Apa yang anda perlu lakukan seterusnya ialah download applikasi Uber Partners, Uber, dan Uber Dost di Google Playstore.

Setelah anda download applikasi Uber Partners, rajin-rajinkan untuk membukanya setiap hari bagi mengetahui status permohonan anda. Anda juga di nasihatkan untuk buka email anda setiap hari juga.



SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Double Storey House 20' x 70' di Kota Seriemas

$
0
0

Double Storey House 20' x 70' - bermula dengan harga RM380, 888


Bagi sesiapa yang belum mempunyai kediaman sendiri, ini lah masanya untuk kita survey harga rumah, lokasi rumah dan pelbagai kemudahan yang di sediakan oleh pemaju.

Bagi mereka yang berminat, PNB Development Sdn Bhd telah melancarkan satu lagi produk mereka iaitu Double Storey House dengan keluasan 20' x 70' bertempat di Kota Seriemas, Nilai, Negeri Sembilan.

Produk ini di kenali dengan nama Mawar Qaseh.


Dan bersempena dengan pelancaran itu, satu majlis pelancaran akan di adakan esok bertempat di D'Streetmall, Kota Seriemas.

Antara artis yang akan menjayakan ialah Siti Nordiana, Hazama dan Sepahtu.

Ni ada pesanan dari Siti Nordiana.


Aturcara Majlis Pelancaran



 Brochure Double Storey House




Pandangan dari Scale Model






Lokasi Majlis Pelancaran.


Bagi sesiapa yang tidak tahu tempat ini, follow sahaja maps di bawah ini:-




SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Kali ke-3 beli supplement di iHerb

$
0
0

Supplement di tahan pihak berkuasa untuk siasatan


Kali ni Abe We nak share pengalaman ke-3 Abe We beli supplement di iHerbs. Jika sebelum ini Abe We dah beli supplement dan mandian organik bayi dan juga sabun mandi organik bayi , tapi kali ni Abe We beli supplement yang di luar dugaan sikit.

Cara pembayaran di iHerb


Sebelum Abe We cerita apa yang Abe We beli, Abe We nak cerita dahulu cara pembayaran di iHerb ini.

Pada posting sebelum ini, Abe We ada bagi tutorial cara membeli supplement di iHerb.

Namun pada part pembayaran, entri di dalam artikel tersebut tidak detail sebab Abe We tiada barang untuk di beli.

Untuk makluman, pembayaran boleh di buat melalui kad kredit dan juga debit card. Namun, Abe We telah cuba membuat pembayaran melalui debit card dan GAGAL. Mungkin ini adalah pertanyaan yang pernah di kemukan dari pembaca posting Abe We sebelum ini. Kenapa gagal? Abe We pun tak sure sangat. Mungkin kita boleh tanya kepada pihak bank untuk melakukan transaksi seperti ini.

Untuk pembayaran ini, Abe We telah membayar menggunakan kad kredit seperti kebiasaannya.

Barang ditahan pihak berkuasa untuk siasatan


Cuba lihat result pada tracking dari DHL di bawah ini. Proses clearance dari kastam telah selesai namun di tahan di sebabkan kandungan di dalam supplement itu "meragukan".


Apakah barang yang Abe We beli ni. Cuba teka.

Barang ni kalau di salah gunakan memang boleh di penjara. Ya, di PENJARA.

Tapi bukan di penjara janji ye........

Cuba lah teka...................





p/s: Doakanlah agar pihak berkuasa tidak menahan Abe We untuk siasatan.......

Kalau Abe We di tahan...........entahlah.......................................



SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Update Supplement di tahan pihak berkuasa

$
0
0

Supplement masih di tahan. Tunggu laporan DHL

Ok. Kali ni Abe We terpaksa sign up for shipment notification dari DHL. Kenapa?

Sebab supplement kali ni memang agak susah nak masuk Malaysia. Boleh di katakan kandungan mencurigakan. Dan DHL kata, dia akan hubungi pengimport tersebut untuk keterangan lebih lanjut.

Ini adalah cubaan pertama dari Abe We........

Nak tahu?

Untuk order kali ni, Abe We memilih untuk membeli Hemp Oil.

Apa itu hemp oil?


Ni gambar hemp oil tu.


Bila kita dengar atau baca perkataan H.E.M.P ni, automatik dalam kepala kita akan berfikir ianya adalah GANJA ataupun MARIJUANA.

Ya, tak di nafikan kita akan berfikir begitu. Tapi tahukah anda bahawa hemp oil ini adalah dari jenis yang sama dengan pokok ganja. Namun kandungan antara satu sama lain adalah berlainan. 

Contoh nya durian kampung dan durian musang king. Dua-dua durian, tapi rasanya berbeza. Macam tu lah contohnya.

Hemp oil ni dari pokok industrial hemp dan bukannya pokok marijuana. Ada perbezaan antara pokok ni walaupun daunnya ada sedikit persamaan. Nanti Abe We cerita.

Kebaikan Hemp Oil


Hemp seeds are rich in protein, polyunsaturated fatty acids, omega 6, omega 3 and insoluble fiber. They are a good source of tocopherols, or Vitamin E antioxidants. They're packed with minerals such as potassium, magnesium, iron, zinc, calcium, and phosphorus, plus microelements like strontium, thorium, arsenic and chromium.
High in essential fatty acids, Omega 6 and omega 3, hemp oil can be used to increase immunity, counteract aging skin and improve cardiovascular health. Several studies show that the linoleic acid present in hemp oil can slow down the aging process and fight psoriasis.
  1. Hemp Oil Helps Maintain a Hormonal Balance: Hemp is the only edible seed that contains gamma-linolenic acid, which is eventually converted to the protective hormone prostaglandin PGE1 that regulates the hormonal balance and supports menopausal health.
  2. Hemp Oil Regenerates and Energizes The Skin’s Protective Layer: Due to its high content of omega 3 and omega 6 fatty acids, hemp oil has a composition similar to skin lipids, which makes it an excellent natural emollient and moisturizer. It is especially useful for dry, tired or dehydrated skin and nails. It increases the skin elasticity and water retention capacity in tissues. Pure hemp oil can be used to treat dry hair and is often included in hair conditioners.
  3. Hemp Oil is Great For Vegetarians: Getting the right balance of omega-3 and omega-6 fatty acids can be tricky for vegetarians and vegans. Hemp oil has the optimal ratio of these acids.
  4. Hemp Oil Helps Lower Cholesterol: The only vegetable oil to contain omega-3 and omega-6 fatty acids (3:1), hemp oil can help lower cholesterol levels by accelerating metabolic processes. With a faster metabolism, fats burn at a quicker rate and are not deposited on the artery walls. 
  5. Hemp Oil Can Be Good For Diabetics: Due to its low carbohydrate and sugar content, hemp oil is can be a great food additive for diabetics. The nutrients present in it can help moderate blood sugar levels.
  6. Hemp Oil Can Help Prevent Psoriasis: Psoriasis is caused by a deficiency of omega-6 fatty acids in the body. The fatty acids present in hemp oil help improve skin oxygenation and hydration.
  7. Hemp Oil Can Boost Your Immunity: Omega-3 and omega-6 fatty acids also improve immunity and regulate intestinal flora, thus building a natural barrier against microbes and increasing the resilience of the body. 
  8. Hemp Oil Helps Prevent Demyelination Of Nervous System: Essential fatty acids are necessary for a healthy cell membrane structure. They also prevent the demyelination, the destruction of the myelin sheath (a membrane that protects the nerve cells).
  9. Hemp Oil Can Help Prevent Varicose Veins: Like other compounds high in omega-3s, hemp oil can thin your blood, reducing blood clots and varicose veins.

Masih tak percaya akan kebaikan minyak ni? Anda boleh baca ni....







p/s: Jangan takut, hemp oil tidak mengkhayalkan anda (kot...hihiii)


SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Info : Air pasang besar akan melanda pesisir pantai barat Malaysia

Eksperimen tanam Chia Seed

$
0
0

Chia Seed mula bertunas


Eksperimen tanam Chia Seed?

Ya, inilah eksperimen terbaru Abe We. Tanam chia seed. Hahahaha...



Sejak hobi bercucuk tanam ni, macam-macam nak di eksperimen kan. Mula-mula tanam daun sup. Dari 4 kumpulan daun sup yang di tanam, 1 je yang hidup. Dapat gak lah merasa makan daun sup tanam sendiri.


Agak mencabar juga tanam daun sup ni. Awatlah susah benor nak tanam, lepas tu semua hidup. Ni mesti 1 je yang hidup.

Rupa tunas Chia Seed


tunas Chia Seed

Gambar ni merupakan tunas di hari kedua lepas Abe We tanam. Agak mengagumkan juga lah. Berjaya juga tanam setelah menonton beberapa video di youtube. Masa ni Abe We ambil gambar dalam pukul 7 pagi.

tunas Chia Seed

Gambar ni tunas di hari kedua sebelah malam, pada pukul 10.00 malam. Sudah banyak yang tumbuh. Macam syok pula tunggu pokok ni besar. Cepat betul pokok ni tumbuh. Dalam masa 12 jam je dah besar dah.

tunas Chia Seed

Gambar yang ketiga ni, Abe We ambil juga pada hari ketiga dan pada pukul 7.00 pagi. Wah...Makin besar lah dia. Seronok betul rasa di hati. 

Dan hari ni, tak sabar nak tengok tumbesaran pokok ni.

Tapi kan, persoalannya......nak tanam dekat mana pokok ni? Lepas tu nak buat apa?

Hahahaa.......

Tak pe, kita tengok dulu pokok ni membesar. Kot boleh buka ladang kan?



SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Jangan lupa paste code Google Analytic bila tukar template

$
0
0
Graf Google Analytic jatuh

Setelah hampir setahun tidak tukar template, akhirnya semalam Abe We pun tukar lah template. Bila tukar template ni, rasa ghairah dan teruja tu membuak-buak.

Ye la kan, dah lama tak tukar template. Bila dah rombak sikit-sikit template tu, pagi ni buka Google Analytic,

Apesal graf hari ni turun? Selalunya statik dekat 20 juta view.....Pelik pulak....
Sekali, bila fikir punya fikir...
 Masya allah....lupa letak code tracking Google Analytic....Patutlah sikit je view. Adoiiii...........


Antara kod yang perlu di letakkan

Sebenarnya, sebelum kita tukar template, kita harus save dahulu template lama kita. Jika tidak, banyak kod yang kita akan lupa letak.

Selain kod GA, kod meta tag dan meta seo juga perlu di paste kembali.


SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Barang dah lepas dari Kastam

Hemp oil selamat sampai di tangan

$
0
0

Terima Kasih DHL dan Kastam Malaysia


Alhamdulillah...

Selamat juga hemp oil ni sampai ke tangan. Cuak juga Abe We bila kena tahan kastam. Dalam 4-5 hari jugalah.

Hemp oil malaysia

Setiap masa Abe We check tracking dari DHL.

Sesampai sahaja barang tu di Subang Airport, Kastam akan check dulu. Abe We memang biasa beli barang di iHerb. Selalu beli supplement yang memang akan lepas. Tetapi kali ni kita try and error untuk beli supplement yang agak mencabar sikit.

Barang ni sampai Jumaat lepas. Tapi sebab Danish muntah-muntah, Abe We pun EL la.

Dan pagi ni, sampi je ofis, cepat-cepat Abe We tengok atas meja. Wahhh.......

Hemp oil malaysia

Tak sabar nak buka. Dan tak sabar juga tengok surat dari kastam. Hahahaha....Takut kena bayar je dekat kastam.

Dan bila buka plastik tempat dia letak surat tu, alhamdulillah, tiada apa-apa bayaran kena bayar.

Hemp oil malaysia

Mungkin kastam perlukan penjelasan dari pihak pengilang. Dan DHL telah membantu dalam menyelesaikan masalah itu. Abe We duduk diam saja. kikikiiii.....

Cara minum Hemp Oil

Cara minum hemp oil ni senang sahaja. 1 sudu besar, 2 kali sehari.

Rasa Hemp Oil

Nak tahu rasa hemp oil ni?

Buka je botol dia, bau dia agak kuat juga.

Lepas tu, Abe We ambil la sudu besar. Tuang ke dalam sudu dan masukkan ke dalam mulut.

Rasa dia..........

Macam minyak zaitun!!!! Pergkhhh....Lagi kuat dari minyak zaitun! Memang tak lalu kalau nak minum setiap hari.

Kebaikan Hemp Oil


Hemp oil malaysia

Tu ha, boleh baca dekat gambar. Punyalah malas nak taip kan. Hahaha....

Kandungan Hemp Oil


Hemp oil

Harga Hemp Oil


Ohhh, hampir lupa pula. Bagi yang nak tahu harga hemp oil ni, harganya dalam RM30.98 sebotol. Campur postage RM50.17. Tolak pula diskaun RM20.91.

Total semua sekali RM60.24.

Murah la tu.



SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Lirik - Hijjaz - Kau pemilik cinta

$
0
0

Kau Pemilik Cinta


Walaupun lagu ni agak lama, tapi Abe We baru dengar. Kesian tak? Tapi bila pertama kali dengar, terus jatuh cinta lagu ni.


Hijjaz merupakan antara kumpulan nasyid kegemaran Abe We. Kira kalau carta kumpulan nasyid tu, memang nombor satu lah. Barulah lain-lain kumpulan lepas tu.

Rasanya macam dah lama tak dengar lagu dari Hijjaz. Jom kita layan lagu Kau Pemilik Cinta ni.



Oh pemilik cinta
Betapa dapatku rasa
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga....

Oh Pemilik Hati
Sungguh Kau Maha mengerti
Lemah diri ini hidup bersendiri
Dirinya seperti cahaya yang menyinari
Indahnya bak bidadari...

(Harmony)
Semua persoalan bertemu jawapan
Tiada lagi kebuntuan mengganggu fikiran
Kesyukuran ini melimpah di hati
Betapa agungnya kasih-Mu Ilahi(uhhhh....)

Oh pemilik hati
Betapa dapatku rasa
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga....

(Harmony)
Benar ku akui
Jarang ku lafazkan
Kata-kata penghargaan atas pengorbanan
Namun hanya Engkau Maha Mengetahui
Betapa dirinya amat ku hargai...

Kekasih...
Kau penawar duka
Menjadi penguat dijiwa
Walaupun bertalu diuji
Dirimu tetap setia disisi

Oh Tuhan...
Kau yang Maha Tahu
Cintaku padanya tak pernahku ragu
Ku pinta kekalkan cintaku
Hanya bersamanya disyurga-Mu....

SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Resepi Bubur Ayam McD

$
0
0

Resepi Bubur Ayam McD


Alkisah, semalam. Mama Harraz tak sihat dan MC. Bila duduk dekat rumah dan MC pun sebab sakit perut, teringin pula dia nak makan bubur ayam McD.

Resepi Bubur Ayam McD

Mama Harraz pun whatsapp la Abe We untuk beli barang-barang untuk masak bubur ni. 

Bila habis waktu kerja je, Abe We pun pergilah pasar beli daun bawang, daun sup, bawang merah, bawang putih, bawang goreng dan minyak bijan.

Ehhh...ada pula nak pakai minyak bijan ni. Nak buat apa ek? Tak pernah pula Abe We guna minyak bijan ni. Tapi tak pe lah, Beli je dulu.

Bila sampai rumah tu, da siap tolong prepare semua, Abe We pun tanya la sang isteri yang tercinta.
Bubur da siap masak. Ayam da siap siat. Daun sup dengan daun bawang dah siap potong. Bila nak masukkan minyak bijan ni? Guna ke tak minyak bijan ni?
Lepas tu Mama Harraz pun jawab
Minyak bijan tu tuang masa nak makan nanti. Cuba tuang atas bubur tu.
Bila Abe We tuang,  
 Haa lah....sama macam bubur yang kita beli. Ooooo....minyak yang berlinang tu, minyak bijan rupanya. Ingatkan minyak lebih dari goreng bawang......
Baru tau.....................huhuhu 

Bahan-Bahan Bubur Ayam McD


  • 1 1/2 cawan beras
  • 1 biji lada merah
  • 1 inci halia - hiris halus
  • ikan bilis goreng
  • bawang goreng
  • sedikit isi ayam - potong-potong kecil
  • serbuk secukup rasa pati ayam
  • sedikit minyak bijan - tak de pun tak pe
  • air secukupnya
  • sedikit daun bawang dan sup - hiris

Cara Penyediaan Bubur Ayam McD


#1: masukan air untuk rebus ayam dan pastikan air rebusanya banyak kerana untuk masak nasi juga. kemudian asingkan ayam dan air rebusan ayam.

#2: basuh beras sehingga bersih selepas tu masak nasi dengan air rebusan ayam tadi. asingkan sedikit air rebusan ayam yang ditambah garam dan secukup rasa takut nasi kembang dan kering.

#3: semasa memasak nasi, kacau dan masukan air rebusan sedikit demi sedikit sehingga nasi kembang dan lembik.

#4: dan bila bubur ayam dah masak masukan halia, serbuk perasa, dan garam. masukan juga hirisan daging ayam ke dalam bubur.

#5: akhir sekali, taburkan hirisan bawang goreng, lada merah, ikan bilis, dan daun bawang atau sup. kemudian masukan juga beberapa titik minyak bijan.


SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Doa Pembuka 12 Pintu Rezeki

$
0
0

Amalkan Doa Pembuka 12 Pintu Rezeki

Semalam Abe We mengikuti kursus PROGRAM 'KOMUNIKASI EFEKTIF, BERHEMAH DAN BERPRESTIJ (KEBAB) anjuran Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah (DFMK).

Salah satu slot dalam program ni, DMFK ada memberi tips murah rezeki dengan mengamalkan doa ini.

Doa Pembuka 12 Pintu Rezeki
Dari apa yang di ceritakan oleh DMFK:-
Pada suatu hari, DMFK di datangi oleh seorang gadis. Gadis itu menceritakan masalah yang di laluinya. Antara masalah yang telah menggangu kehidupannya ialah sering putus tunang. Lalu gadis itu bertanyakan kepada DMFK. DMFK kemudiannya memberikan solusi. Antaranya ialah menyenaraikan nama orang-orang yang di bencinya. Setelah gadis itu menulis, DMFK amat terkejut kerana terlalu banyak nama. DMFK menyarankan agar gadis itu untuk memaafkan nama-nama tersebut. Namun gadis itu menolak. Kemudian DMFK memujuk gadis itu beberapa kali dan akhirnya gadis itu akur. Setelah gadis itu memaafkan gadis itu, DMFK telah memberikan doa ini untuk di jadikan amalan oleh gadis itu. Selang beberapa minggu kemudian, gadis itu telah menghubungi DMFK kembali dan menjemputnya datang ke majlis pertunangannya.

Kelebihan Doa Pembuka Dua Belas Pintu


Antara kelebihannya doa pembuka 12 pintu rezeki ialah:-

  1. Di murahkan rezeki
  2. Mudah mendapat jodoh dan cinta sejati
  3. Keselamatan
  4. Kesihatan
  5. Kasih-sayang, 
  6. Ilmu
  7. Keampunan Allah SWT
Marilah kita sama-sama mengamalkan doa ini setiap hari agar dibukakan 12 pintu rezeki ini.

SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic
Viewing all 951 articles
Browse latest View live