Quantcast
Channel: wayne harraz
Viewing all 951 articles
Browse latest View live

Harga Mounting Kereta Viva

$
0
0

Mounting Kereta Viva Murah Di Dengkil


Salam Jumaat Semua. Semoga sihat hendaknya hari ni.

Ok, kali ni Abe We nak cerita sedikit pasal kereta. Kalau nak ikutkan, Abe We ni bukan lah tau sangat pasal kereta walaupun masa sekolah teknik dulu ambil jurusan Automotif.

Harga Mounting Kereta Viva

Capture Garage Dengkil beri harga servis yang murah


Capture Garage merupakan bengkel servis kereta pilihan Abe We. Dah 3 tahun rasanya Abe We melanggan di bengkel ni. Di samping itu, bengkel ni bengkel bumiputera. So, kita tolong sesama kita la ye.

Kereta Mama Harraz ni dah 9 tahun berkhidmat. Bila dah 9 tahun tu, macam-macam bunyi dan gegar ada. Yang paling terasa ialah stereng dan dashboard.

Bila bahagian stereng dan dashboard bergegar semasa bergerak, besar kemungkinan mounting kereta dah haus.

Mounting bertugas untuk menyerap gegaran enjin. So, bila encik mounting ni dah sampai tahap monopaus, terpaksa la kita tukar. Abe We dengar, kalau tukar mounting ni mau jejak RM1,000.00.

Bila fikir gitu, memang gigil poket dan akaun bank. So, Abe We tanya lah dulu bengkel Capture Garage ni. Boss dia nama Awang. Orang ganu kite. Bagus budaknya. Jujur.

Harga yang di berikan oleh Awang ni ialah:-

Harga Mounting Kereta Viva

Harga Mounting Viva

Harga yang di berikan oleh Awang ada 3 iaitu Original (RM690), 2nd gred (RM430) dan low gred (RM295).

Abe We ambil yang original sebab ia lebih tahan lama. Ok sangatlah harga servis dari Capture Garage ni.

Sesiapa yang duduk berdekatan Putrajaya, Cyberjaya atau kawasan yang berdekatan dengan Dengkil, boleh pergi ke bengkel ni.


SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Petua hilangkan pedih ulu hati

$
0
0

Soda Bikarbonat bantu hilangkan pedih ulu hati


Selamat pagi semua pembaca yang di kasihi.

Pagi ni, Abe We nak bagi tips yang amat mudah bila terkena pedih ulu hati. Cara yang mudah, simple lagi mimple.


Petua hilangkan pedih ulu hati

Sebenarnya Abe We ternonton youtube berkaitan soda bikarbonat ni. Selain buat masakan dan cuci sinki, soda bikarbonat juga boleh membantu menghilangkan rasa pedih ulu hati.

Abe We dah cuba. Dan 95% berjaya hilang.

Cara minum soda bikarbonat

Cara minum soda bikarbonat ni senang je. Ambil satu (1) sudu teh soda bikarbonat dan campurkan ke dalam satu (1) gelas air. Tak kisah air sejuk atau panas. Dua-dua air ni pun boleh.

Lepas dah masukkan soda bikarbonat tu dalam gelas yang berisi air, godak sampai hilang campuran soda bikarbonat tu. Dalam 5 saat dah hilang dah.

Lepas tu minum. Rasa dia masin-masin sikit dan bergas.

Lepas dah minum anda akan mula sendawa dan mungkin berlaku sedikit pengeluran gas di bahagian punggung anda.

Di sebabkan soda bikarbonat ni bergas, memang perut kita akan mengeluarkan segala gas yang ada dan perut pun mulai rasa lega.

Cubalah........


SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Baru 4 tahun tapi boleh bercakap 7 bahasa

$
0
0

Bella, 4, mahir bertutur 7 bahasa


Angelina Bella Devyatkina dari Moscow berusia 4 tahun, mahir bercakap tujuh bahasa: Rusia, Bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Sepanyol, China dan Arab. Selepas uji bakat di televisyen untuk menunjukkan bakat "amazing people", gadis itu menjadi terkenal. Satu klip video daripada "amazing people" telah disiarkan di halaman "Vesti" Facebook, dan dalam masa sehari ia menjadi viral.

Angelina Bella Devyatkina

Dalam rancangan televisyen itu, Bella Devyatkina menunjukkan kefasihan dalam enam bahasa asing. Beliau diminta soalan yang berbeza dalam pelbagai bahasa dan gadis itu menjawab dengan mudah. Sementara sebahagian besar penonton telah terpesona dengan keupayaan kanak-kanak perempuan, yang lain masih ragu-ragu.


Menurut ibu Bella, gadis itu telah diperkenalkan kepada bahasa sejak lahir. Ibunya sendiri mengajar Bahasa Inggeris. Selain itu, beliau mempunyai pelbagai pengasuh berbangsa asing dan berkomunikasi dalam dialek mereka sendiri . Pengasuhnya tidak hanya mengajar gadis itu dalam bahasa mereka sendiri, tetapi juga membincangkan pelbagai isu dunia, sejarah, dan topik lain dari ensiklopedia kanak-kanak.


SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Ingin cari rumah pertama? Daftar segera di Rumawip

$
0
0

Rumawip sediakan rumah murah bantu pembeli pertama


Nak cari rumah murah sekarang ni memang sukar. Lagi-lagi bagi yang baru nak mulakan hidup. Rata-rata semua rumah sekarang ni di jual dari harga bermula dari RM350,000.00.

Tapi pernah tak kita dengar tentang Rumawip?

Rumawip

Apa itu Rumawip


Rumawip ada singkatan kepada Dasar Rumah Wilayah Persekutuan. Ruwawip juga menawarkan harga rumah yang mampu dimiliki oleh pembeli rumah pertama.

Harga Rumah Rumawip


Harga yang di tawarkan dari serendah RM190,000.00 sehinga RM300,000.00. 

Lokasi Rumah Rumawip


Lokasi rumah Rumawip ialah di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Cyberjaya.

Setakat ini Kuala Lumpur mendahului senarai rumah dan di ikuti Labuan. Namun di Putrajaya masih belum ada.

Rumah yang di tawarkan juga berbentuk rumah apartment.

Rumawip

Rumawip

Syarat-syarat miliki Rumawip


Rumawip

Info Tambahan


Bagi yang tidak pernah duduk di rumah apartment, adalah di ingatkan bahawa selain bayaran bulanan rumah, akan ada lagi beberapa tambahan bayaran bulanan seperti maintenance fee dan mungkin juga bayaran kepada JMB (Joint Management Body). (Maaf Abe We pun tak pernah duduk lama di apartment ni. Tapi maitenance fee tu memang ada)


SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Converse Holiday Nude Collection guna campuran kulit babi dan lembu

$
0
0

Tak jadi nak beli Converse Holiday Nude Collection


Hahaha...nak gelak bila teringat cerita nak beli kasut Converse ni.

Abe We memang bukan peminat kasut Converse. Pernah pakai sekali je seumur hidup. Tapi sayangnya masa kerja di Johor dulu, kasut tu kena curi. Lepas tu memang dah takde nak pakai lagi lah.

Abe We peminat tegar kasut Adidas. Tapi di sebabkan design sekarang ni yang tak berkenan dek mata memandang, Abe We selesa berselipar sahaja. Hatta ke shopping mall sekalipun. Wakakaka....

Converse Holiday Nude Collection

Mama Harraz nak belanja Converse Holiday Nude Collection

Bila Mama Harraz mula menggoda Abe We dengan kata-katanya berkenaan kasut ni. Abe We mula-mula buat-buat tak dengar. Lepas dah lama sikit godaan tu macam tak jadi, Abe We tanya balik setelah Abe We search dekat Google.
Kasut yang ni ke mama?
Terus Mama Harraz kata
Aah. Yang ni. Cantik kan warna pink ni?
Setelah sessi borak-borak dan sessi pertanyaan harga, Abe We pun macam setuju juga lah nak beli kasut ni. Tapi kasut ni tak masuk market Malaysia lagi. Kena pre-order.

Tapi bila malam sabtu haritu Abe We buka Facebook, ternampaklah bahawa ada yang mengatakan kasut ni guna kulit babi.

Lantas, sepantas kilat Abe We segera direct message page Converse dan ini jawapan mereka:-

Converse Holiday Nude Collection

Dan dari jawapan dari Converse sendiri, sahlah bahawa tak payah beli kasut ni. Hahahah....

Kempunan.................


SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Minyak masak peket habis di Aeon Big Alamanda

$
0
0

Pasaraya mula simpan stok minyak masak ke?


Terkejut juga Abe We semalam pergi Aeon Big Alamanda bila tengok rak minyak masak.

Dalam hati ni berdetik "kenapa lah rak ni kosong? Diorang tak letak apa-apa ke?"

Tapi bila tengok rak tu betul-betul, rupanya rak minyak masak. Ada diorang lekatkan nota di rak tu,
1 keluarga 2 pek sahaja
rasionalisasi harga minyak masak

Inilah penangan rasionalisasi harga minyak masak. Ingatkan dekat Aeon Big Alamanda je takde, rupanya tempat lain pun sama.

Tapi Abe We memang tak guna lah minyak masak peket ni. Kalau duduk bujang dulu memang pakai. Sebab kalau duduk bujang kita main belasah je beli. Yang penting murah. Hahaha...

Tapi sekarang ni Abe We guna minyak masak Naturel dan juga minyak masak jagung. 

Tapi di sebabkan Abe We ni kurang masa nak masak goreng-goreng dekat rumah, kadang-kadang 1 botol tu berbulan nak habis. hihihi.....

Lepas ni entah apa pula cerita lawak akan keluar dekat TV.....

Tunggu je lah...
 


SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Pampers Aeon Big Semurah RM22.85

$
0
0

Antara pampers Tesco Love dan Aeon Big mana pilihan anda?


Siapa di sini pernah pakaikan anaknya pampers Aeon Big? Abe We sekarang ni memang dah beralih kepada Tesco Love sebab murah dan tahan bocor.


Nak kata tak bocor 100% tu tak lah. Ada beberapa ketika yang terbocor gak masa tidur. Di sebabkan tersalah kedudukan ehem-ehem yakni tersenget sikit.

So, bila tersenget yang belah dalam tu, memang 90% akan bocor walaupun pampers tak penuh lagi. Hihihi...

Tapi kalau tengok harga pampers Aeon Big ni rasa macam nak beli je. Tapi dari segi ketahanan dia tak pasti lagi. Tengok macam nipis je. Tapi harga memang murah betul.


SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Tips turunkan darah tinggi

$
0
0

Halba bantu kurangkan gejala tekanan darah tinggi


Ok, ni tips yang Abe We dapat dari rakan sekerja.

Ceritanya bila rakan tu selalu sakit kepala terutama di bahagian tengkuk. Bila jumpa doktor, doktor pun bagitahu darah dia naik. Tu yang sakit kepala.


Minum air rebusan halba


Dan semasa berjumpa dengan doktor tu, doktor tu nasihatkan rakan sekerja Abe We ni agar minum air rebusan halba setiap pagi.

Dia sendiri pun macam tak percaya dari apa yang doktor ni katakan. Biasanya doktor jarang sangat nak bagi nasihat supaya kita minum ubat alternatif ni. Tapi doktor ni lain sikit. Dia galakkan.


Cara minum air halba

  • Masukkan 2 gelas air ke dlm periuk. 
  • Masukkan 1 sudu besar biji halba ke dlm periuk tadi. 
  • Rebus hingga mendidih. Setelah mendidih, terus tutup api & tutup periuk supaya wap herba tidak keluar. 
  • Setelah suam, tapis & tuang ke dlm gelas.
  • Minum 2 kali sehari (pagi dan malam).



SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Pakcik ni cakap tiada alasan naik harga makanan walaupun minyak masak mahal

$
0
0

Minyak masak naik harga, tiada alasan naik harga makanan - Menteri


Hihiii... Nak gelak baca berita ni. Lepas dia cakap purata satu keluarga pakai 1.5 liter minyak masak, air mineral lagi mahal, sekarang ni dia cakap pula tiada alasan naik harga makanan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainu­d­din berkata, kenaikan tersebut walau bagaimanapun tidak sepatutnya menjejaskan harga makanan yang dijual di gerai atau restoran.
“Dalam isu pengurangan subsidi minyak masak ini, saya sendiri telah membuat pengiraan iaitu kenaikan harga hanya RM1.50 bagi satu kg. Jadi jika lima individu menjamu selera di restoran, kenaikan harga yang dikenakan seharusnya tidak terlalu tinggi.
“Ini berikutan penggunaan minyak masak untuk kesemua pelanggan ini hanya kira-kira setengah kg. Jadi, kenaikan harga hanya 70 sen dan seorang kira-kira 20 sen sahaja,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.


Macam mana ek? Mustahil tak peniaga tak naik harga makanan?

100% tak mustahil. Peniaga pun cari rezeki. Jual nak untung. Kalau tak naik harga makanan pun, diorang boleh kurangkan jumlah makanan yang di jual.

Tapi menteri sendiri cakap Jadi jika lima individu menjamu selera di restoran, kenaikan harga yang dikenakan seharusnya tidak terlalu tinggi.

Nampak tak?

Tadi kata tiada alasan, sekarang ni kenaikan seharusnya tidak tinggi....




SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Cara bayaran balik pinjaman PTPTN menerusi potongan gaji

$
0
0

Cara bayaran balik pinjaman PTPTN menerusi


Menerusi Bajet 2017 yang telah di bentangkan oleh abam PiYem kita, antara isi pentingnya adalah mengenai bayaran balik PTPTN.

Cara bayar balik pinjaman PTPTN menerusi potongan gaji

Menerusi Bajet 2017 ini, para peminjam di beri potongan 10% sehingga 15% dari pinjaman asal jika kita membayar balik pinjaman tersebut melalui kaedah yang telah di umumkan.

Dan dari situ juga, PTPTN telah pun memaklumkan perkara ini di laman portalnya di http://www.ptptn.gov.my/web/guest/insentif_bajet_2017

Cara bayar balik pinjaman PTPTN menerusi potongan gaji


Untuk makluman, kaedah pembayaran bulanan PTPTN pada masa sekarang ini adalah lebih mudah berbanding kaedah sebelum ini.

Jika sebelum ini kita perlu memuat turun borang dan lepas itu kita perlu menandatangani borang tersebut dan di hantar ke PTPTN semula, namun sekarang ini, PTPTN telah memudahkan para peminjam dengan hanya mengisi borang di laman portal PTPTN.

Tutorial bayar balik pinjaman PTPTN menerusi potongan gaji


1. Untuk membuat bayaran balik, pergi ke portal PTPTN dan klik di Bayaran Balik.

Cara bayar balik pinjaman PTPTN menerusi potongan gaji

2. Selepas itu klik pada Diskaun 10% atau terus DI SINI. Pada item 4, klik pada Permohonan potongan gaji secara atas talian atau klik terus  DI SINI

Cara bayar balik pinjaman PTPTN menerusi potongan gaji

3. Di sini, anda perlu memasukkan nombor kad pengenalan anda dan klik CARI

Cara bayar balik pinjaman PTPTN menerusi potongan gaji

4. Setelah anda masukkan nombor kad pengenalan anda, akan terpapar  senarai pinjaman balik anda. Anda boleh klik pada mana-mana pinjaman yang anda hendak bayar.

Cara bayar balik pinjaman PTPTN menerusi potongan gaji

5. Selepas itu, anda boleh buat carian majikan anda seperti di dalam gambar di bawah ini.

Cara bayar balik pinjaman PTPTN menerusi potongan gaji

6. Jika nama majikan anda tiada, anda perlu pilih LAIN-LAIN.



7. Setelah itu, isikan maklumat yang di perlukan dan terus ke arahan selanjutnya.

Cara bayar balik pinjaman PTPTN menerusi potongan gaji


Senang bukan? Apa lagi, marilah kita bayar sebelum kita di CCRIS....



SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Karnival Jualan Rumah di Kota Seriemas, Nilai

$
0
0

Pelbagai pilihan rumah dengan pelbagai diskaun disediakan


Ada sesiapa nak cari rumah tak? Kalau sesiapa yang masih mencari rumah untuk di diami dan di miliki, jangan lupa ke Kota Seriemas, Nilai, kerana akan diadakan Karnival Jualan Rumah.

Karnival Jualan Rumah Kota Seriemas

Tempat

Karnival Jualan Rumah ini akan diadakan ni Kelab Golf Kota Seriemas yang di kenali juga Kota Seriemas Golf & Country Club yang terletak di dalam Kota Seriemas.
Karnival Jualan Rumah Kota Seriemas
Karnival Jualan Rumah Kota Seriemas

Artis Undangan

Rasanya antara daya penarik sesuatu karnival adalah artis undangan. Betul tak? Nak tahu siapa artis undangannya?

Pengacara

Untuk program ini, pengacaranya ialah Haniff & Zahid. Mesti best kan? Gamat suasana nanti.

Karnival Jualan Rumah Kota Seriemas

Penyanyi Jemputan

Penyanyi jemputan kali ni memang best. Sorang tu otai, sorang lagi memang jadi pujaan ramai masa kini (haraplah dia tak curi hati Abe We).

Dato' Hattan
Karnival Jualan Rumah Kota Seriemas

Ayda Jebat
Karnival Jualan Rumah Kota Seriemas

Special Guest

Tetamu istimewa yang akan di bawakan adalah pemenang pingat emas paralimpik Rio. Semoga dia akan memberi inspirasi kepada kita semua nanti.

Karnival Jualan Rumah Kota Seriemas

Atucara Majlis


Karnival Jualan Rumah ini akan di adakan pada hari Ahad, 6 November 2016. Antara aturcara majlis adalah seperti berikut:-

10.00 am    Carnival Starts (Exhibition, Dining, Games & Stage) 
                   Welcome Remarks by Emcee!
11.00 pm    Colouring Contest
11.30 pm    Quiz by Emcee!
1.00 pm      Meet & Greet with Ridzuan Puzi
2.30 pm      Performance by Dato’ Hattan - 3 Songs
3.00 pm      Watermelon Eating Contest
4.00 pm      Performance by Ayda Jebat - 3 Songs
4.30 pm      Colouring Contest
5.00 pm      Kids & Parents Makeup Contest
6.00 pm      Carnival Ends

Aktiviti

Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan yang akan menarik orang ramai serta kanak-kanak. Orang ramai juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang di sediakan pihak penganjur.

Karnival Jualan Rumah Kota Seriemas

Antara aktiviti yang disediakan ialah "Unlock The Box" yang mana pengunjung yang berdaftar akan di berikan kunci dan pengunjung perlu membuka 3 kotak yang mengandungi hadiah di dalamnya berupa iPhone 7, Samsung Phone dan juga iPad.
Karnival Jualan Rumah Kota Seriemas
 Selain itu ada juga aktiviti bersama badut, face painting, memakai inai dan pelbagai lagi.
Karnival Jualan Rumah Kota Seriemas

Karnival Jualan Rumah Kota Seriemas

Karnival Jualan Rumah Kota Seriemas

Karnival Jualan Rumah Kota Seriemas

Karnival Jualan Rumah Kota Seriemas

Karnival Jualan Rumah Kota Seriemas

Karnival Jualan Rumah Kota Seriemas

Karnival Jualan Rumah Kota Seriemas



SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Tips Jimat Elektrik di Rumah

$
0
0

Tips pemilihan peti sejuk jadi ukuran


Kalau bercerita mengenai bil elektrik rumah, mesti ada yang pening kepala. Betul tak?



Memang bil elektrik ni memainkan peranan penting. Mana taknya, bagi yang berkerja di bandar, keluar rumah awal pagi. Sampi rumah dah malam. Biasanya ada yang sampai rumah pukul 9 atau 10 malam.

Balik rumah pun untuk tidur je. Dekat rumah memang ada air-cond. Tapi sebiji je. Buka air-cond pun dari pukul 11.00 malam sampai 6.00 pagi. Bukan lama pun.

Tapinya, bil elektrik bulan-bulan sampai RM200. 

Tu yang pening tu. Kenapa ye sampai RM200. Itulah yang selalu jiran Abe We cakap.

Pemilihan barang elektrik yang mempunyai Inverter


Zaman sekarang ni, kebanyakan barang elektrik di lengkapi sistem Inverter yang mampu menjimatkan penggunaan elektrik.

Contohnya, air-cond yang mempunyai sistem inverter.

Untuk menggunakan air-cond inverter ni, kita haruslah hidupkan atau on kan air cond kita lebih 6 jam barulah sistem inverter tu berfungsi dengan baik. Memang semua sistem inverter air-cond perlu di on kan lebih 6 jam. Kalau kita pakai kurang dari waktu tu, dia umpama air-cond tanpa inverter.

Abe We selalu on air-cond sampai 12 jam terutama weekend. Hahahaha...

Kenalpasti barang elektrik yang sentiasa beroperasi 24 jam


Agak-agak lah kan, apakah barang elektrik yang sentiasa on 24 jam dalam rumah?

Sudah tentulah peti sejuk. Betul tak? Setakat lampu, kalau pakai lampu LED sekalipun, berapa jam dan berapa banyak tempat kita nak buka waktu malam kan?

Jadinya, peti ais penyumbang terbesar kepada penggunaan elektrik di rumah kita.

24 jam, 7 hari 1 minggu tu. Tak pernah berhenti. Jadinya, bagi sesiapa yang belum membaca Tips Membeli Peti Sejuk dari Abe We ni, Abe We nak recap atau nak ingatkan semula.

Tips membeli peti sejuk


1. Penggunaan elektrik yang rendah. 


Pilih peratusan penggunaan elektrik yang paling rendah. Setakat ni hanya Hitachi sahaja yang mampu memberi 55% kurang tenaga. Kalau boleh dapatkan yang lebih rendah dari Hitachi, boleh share dengan Abe We.



2. Kenalpasti sistem Inverter


Setakat ni lah, atas survey yang Abe We jalankan, ada 2 jenis Inverter untuk peti ais:-

1. Digital Inverter

Digital Inverter ni, apa yang di beritahu oleh Abe We, ia hanya merangkumi sistem lampu dalam peti sejuk itu sahaja. Bukan keseluruhan sistem peti sejuk. Antara produk yang mempunyai sistem ini ialah Samsung. Walaupun design dia grand, tapi dari segi penggunaan elektrik tidak begitu baik

2. Inverter x Dual Fan Cooling

Anda boleh membuat pilihan samada Hitachi ataupun Sharp. Tapi apa yang di beritahu, Hitachi lebih baik lagi. Dan sebentar tadi, Abe We ada lah buka website Sharp dan di katakan penggunaan elektrik peti sejuk mereka sehingga 77%. Apa-apa pun, kita perlu menyemak seperti gambar di atas ni. Jangan hanya bergantung kepada apa yang di beritahu di laman web mereka sahaja.




p/s : saya bukan sales person Hitachi. Hihihii

SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Lotte Choco Pie mengandungi gelatin babi

Donald Trump bakal Presiden US

$
0
0

Donald Trump mendahului Hillary Clinton


Sesekali kita update pasal politik pula lah. Boleh kan? Just nak bagi tahu je, sekarang ni Donald Trump mendahului Hillary Clinton dalam undian untuk menjadi Presiden US.

Tapi, Donald Trump ni sangat benci orang Islam. Hishhh.... Dua-dua calon kali ni memang tak best.

Hillary Clinton di kaitkan dengan penggunaan wang dari sumber Rothschild.

Kita tengok je la apa yang akan jadi nanti. Tapi rasanya Trump bakal jadi presiden ni.

Donald Trump



SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Kegusaran sesetengah penduduk US mengenai Donald Trump

$
0
0

Malapetaka Donald Trump kepada rakyat Amerika


Bagi sesetengah rakyat Amerika, pemilihan Donald Trump sebagai presiden adalah salah satu malapetaka besar.


Manusia penuh ego, kebencian


Donald Trump seperti yang di ketahui telah menzahirkan keegoan dan kebimbangan kepada orang Islam terutamanya. Donald Trump tidak mempunyai pengalaman sama ada politik atau ketenteraan.

Kesan yang paling jelas akan berada di negara ini beliau tidak lama lagi akan memerintah. Cuba fikirkan apa yang telah dijanjikan. Satu pasukan khas akan di bentuk untuk menghantar pulang dan mengusir 11 juta pendatang tanpa izin yang membentuk 6% daripada tenaga kerja di Amerika Syarikat. 

Larangan  kepada semua umat Islam dari memasuki ke Amerika, tetapi kemudian berikrar untuk mengenakan "tapisan melampau" pada sesiapa yang datang dari negera yang menjadi suspek kepada Amerika. 

Satu dinding gergasi untuk menutup sempadan Mexico. 

"Beberapa bentuk hukuman" untuk wanita yang melakukan pengguguran. 

Dan penjara wanita yang mereka hanya dikalahkan.

Apa yang lebih menakutkan ketika ini ialah mengenai soalan Trump mengapa AS tidak menggunakan senjata nuklear kerana Amerika mempunyainya.

Trump juga berkata: "Saya suka perang". Ini akan memburukkan lagi keadaan apabila Trump harus menyelesaikan masalah dengan Rusia dan juga masalah di Timur Tengah.


SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra



Doa melunaskan hutang

$
0
0

Baca doa melunaskan hutang sebelum tidur


Hutang. Ye bila kita bercerita bab hutang ni, memang sebahagian kita memang berhutang. Hidup kita di penuhi dengan hutang. Hutang PTPTN, hutang kereta, hutang rumah. 

Tu belum bab hutang dengan kawan-kawan, ahli keluarga, dan lain-lain lagi. Tapi bila bab nak bayar tu yang liat kan? Masa janji, 2 jam kemudian nak bayar. Tapi dah bagi, tak tahu sampai bila nak bayar. Alasan macam-macam.

Dan dari itu, mari kita amalkan doa ini sebelum tidur agar kita bebas dari belenggu hutang. Kerana hutang, kelak di akhirat nanti susah kita. 

“Wahai Allah Penguasa Langit, ‘Arsy yang Agung, dan penguasa segalanya. Wahai yang menurunkan taurat, injil dan al-Quran. Wahai yang membelah biji dan benih (menjadi tanaman). Tiada ilah selain Engkau. Aku berlindung kepada-Mu dari setiap kejahatan manusia yang jahat, sebab Engkau-lah yang menguasai ubun-ubunnya. Engkaulah yang pertama, yang tiada apa pun sebelum-Mu. dan Engkau-lah yang terakhir, yang tiada apa pun setelah-Mu. Engkau-lah yang dhahir, yang tiada apa pun di atas-Mu. dan Engkau-lah yang batin, yang tiada apa pun yang menghalangi-Mu. Lunasilah utang kami dan entaskan kami dari kefakiran.”

SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Maxis kini tambah kuota internet saingi Celcom

$
0
0

Maxis tambah kuota internet selepas Celcom


Siapa di sini pengguna Maxis macam Abe We? Baru-baru ini Celcom telah menjaga hati pengguna mereka dengan menaikkan kuota internet pelanggan Celcom sehingga maximum 60gb.

Banyak betul naiknya. Terfikir juga kan, kalau dah sampai 60gb tu, boleh habis ke tak?

Tak nak kalah dengan Celcom, Maxis pula lawan Celcom dengan memberi sehingga maksimum 50gb. Waahhhh....persaingan yang amat baik.

pelan maxisone terbaru
Tapi, ada persamaan yang di berikan oleh kedua syarikat ini iaitu penggunaan hari biasa dan hujung minggu. Kalau sebelum ini, Maxis memberikan kuota 15gb untuk sebulan, namun kini Maxis menambah kuota itu dengan mengenakan 20gb hari biasa dan 20gb hari minggu.

Mari kita lihat dengan lebih lanjut mengenai pelan Maxis terbaru ini.

pelan maxisone terbaru

Pelan Maxis Abe We sekarang ini ialah MaxisOne plan 158 yang berkuota sebanyak 15gb internet. Hanya sekali je Abe We terlebih guna internet dan mengakibatkan tiada internet selama 7 hari. Tapi selamat Whatsapp masih boleh.

Bila ada tawaran macam ni, rasanya memang sesuai nak streaming live bola sepak EPL. Kalau nak tengok bola, kang nanti isteri terchinta dan anak terchinta tak dapat tengok tv pula kan.

Mujur Maxis upgrade pelan baru ni.


SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Wanita dihendap dalam tandas di stesen minyak

$
0
0

Stesen minyak Petron bina tandas dalam premis


Ok, sebenarnya dah lama Abe We nak cerita pasal ni. Tapi entah kenapa asyik lupa sahaja. 

Sebenarnya kejadian wanita di hendap, di serang di dalam tandas ni memang dah acap kali berlaku. 

Wanita dihendap dalam tandas awam

Tandas di stesen minyak Petron lebih selamat


Abe We nak cerita sedikitlah pasal stesen minyak Petron. Mulanya Abe We tak perasan sangat pasal tandas di stesen minyak Petron.

petron malaysia

Tapi, semenjak berkahwin ni, bila balik kampung tempat yang selalu Abe We singgah ialah stesen minyak dan tandasnya sekali.

Tapi setiap kali berhenti di Petron di lebuhraya utara selatan ni Pagoh, mesti mama harraz akan cakap tandasnya bersih. Bukan sekali dua, tapi banyak kali juga. Tapi dalam banyak kali tu ada juga yang kotor sikit sebab dari orang yang menggunakannya kurang kesedaran sivik.

Secara keseluruhannya memang  tandas di Petron Pagoh ni memang bersih sentiasa.

Dan ada satu lagi tempat, tapi Abe We dah lupa dekat Petron mana, mama harraz nak pergi tandas. Masa tu pernah ada kejadian lelaki masuk tandas wanita ni. Lantas Abe We singgah di Petron berbanding Petronas dan Shell.

Sekali lagi Abe We sangat suka dengan konsep tandas di Petron ni di mana tandasnya di bina di dalam premis. Bukan seperti di Petronas, Shell dan lain-lain yang mana tandasnya di bina di luar dan di bahagian belakang yang memang terpinggir. Sudahlah terpinggir, baunya......BUSUK.

Selain tu, tempat yang Abe We beberapa kali singgah di Petron area dekat Tesco Kajang ni, memang tandasnya juga di dalam. Jangankan perempuan je rasa selamat, tapi lelaki pun rasa selamat juga.

Kalau tak silap, jarang ada Petron yang ada tandas di luar.

Tapi kalau nak pergi tandas, pilihlah Petron.


SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Treasure Hunt to Penang

AirAsia free seat pada 14 november pukul 12 tengah malam

$
0
0

Rebut segera tempat duduk percuma AirAsia pada 14 November ini pukul 12 tengah malam


Ok. Bagi sesiapa yang nak pergi jalan-jalan tahun depan, jangan lupa untuk tunggu pukul 12 malam ini untuk dapatkan tempat duduk percuma.

Jangan lupa ye.

Khas untuk ahli AirAsia BIG Member jangan lepaskan peluang ini. Hanya klik link INI


24-HOUR MEMBERS-ONLY PRIORITY BOOKING



13 Nov 2016, 00:00 (GMT +8)




SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Viewing all 951 articles
Browse latest View live