Cara bayaran balik pinjaman PTPTN menerusi
Menerusi Bajet 2017 yang telah di bentangkan oleh abam PiYem kita, antara isi pentingnya adalah mengenai bayaran balik PTPTN.
Menerusi Bajet 2017 ini, para peminjam di beri potongan 10% sehingga 15% dari pinjaman asal jika kita membayar balik pinjaman tersebut melalui kaedah yang telah di umumkan.
Dan dari situ juga, PTPTN telah pun memaklumkan perkara ini di laman portalnya di http://www.ptptn.gov.my/web/guest/insentif_bajet_2017
Cara bayar balik pinjaman PTPTN menerusi potongan gaji
Untuk makluman, kaedah pembayaran bulanan PTPTN pada masa sekarang ini adalah lebih mudah berbanding kaedah sebelum ini.
Jika sebelum ini kita perlu memuat turun borang dan lepas itu kita perlu menandatangani borang tersebut dan di hantar ke PTPTN semula, namun sekarang ini, PTPTN telah memudahkan para peminjam dengan hanya mengisi borang di laman portal PTPTN.
Tutorial bayar balik pinjaman PTPTN menerusi potongan gaji
1. Untuk membuat bayaran balik, pergi ke portal PTPTN dan klik di Bayaran Balik.
2. Selepas itu klik pada Diskaun 10% atau terus DI SINI. Pada item 4, klik pada Permohonan potongan gaji secara atas talian atau klik terus DI SINI
3. Di sini, anda perlu memasukkan nombor kad pengenalan anda dan klik CARI
4. Setelah anda masukkan nombor kad pengenalan anda, akan terpapar senarai pinjaman balik anda. Anda boleh klik pada mana-mana pinjaman yang anda hendak bayar.
5. Selepas itu, anda boleh buat carian majikan anda seperti di dalam gambar di bawah ini.
6. Jika nama majikan anda tiada, anda perlu pilih LAIN-LAIN.
7. Setelah itu, isikan maklumat yang di perlukan dan terus ke arahan selanjutnya.
Senang bukan? Apa lagi, marilah kita bayar sebelum kita di CCRIS....
SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!
Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35
Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra
