Quantcast
Channel: wayne harraz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 951

Pakcik ni cakap tiada alasan naik harga makanan walaupun minyak masak mahal

$
0
0

Minyak masak naik harga, tiada alasan naik harga makanan - Menteri


Hihiii... Nak gelak baca berita ni. Lepas dia cakap purata satu keluarga pakai 1.5 liter minyak masak, air mineral lagi mahal, sekarang ni dia cakap pula tiada alasan naik harga makanan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainu­d­din berkata, kenaikan tersebut walau bagaimanapun tidak sepatutnya menjejaskan harga makanan yang dijual di gerai atau restoran.
“Dalam isu pengurangan subsidi minyak masak ini, saya sendiri telah membuat pengiraan iaitu kenaikan harga hanya RM1.50 bagi satu kg. Jadi jika lima individu menjamu selera di restoran, kenaikan harga yang dikenakan seharusnya tidak terlalu tinggi.
“Ini berikutan penggunaan minyak masak untuk kesemua pelanggan ini hanya kira-kira setengah kg. Jadi, kenaikan harga hanya 70 sen dan seorang kira-kira 20 sen sahaja,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.


Macam mana ek? Mustahil tak peniaga tak naik harga makanan?

100% tak mustahil. Peniaga pun cari rezeki. Jual nak untung. Kalau tak naik harga makanan pun, diorang boleh kurangkan jumlah makanan yang di jual.

Tapi menteri sendiri cakap Jadi jika lima individu menjamu selera di restoran, kenaikan harga yang dikenakan seharusnya tidak terlalu tinggi.

Nampak tak?

Tadi kata tiada alasan, sekarang ni kenaikan seharusnya tidak tinggi....




SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Viewing all articles
Browse latest Browse all 951