Zlatan Ibrahimovic kembali bersama United
Seperti yang di jangka, tempoh rehabilisi Ibrahimovic di Carrington menjadi teka-teki tentang masa depannya. Namun, ramai yang menjangkan bahawa dengan tiada kontrak sambungan, Ibrahimovic akan keluar dari United. Namun, teka-teki itu berakhir selepas Ibrahimovic menyambung kontraknya sebelum jendela perpindahan tutup pada 1 September ini.
Dengan tagline "Urusan belum selesai" Ibrahimovic akan pastikan bahawa dia dan United akan memenangi Liga sebelum berhijrah ke tempat lain.