UEFA Player of the Year - Buffon, Messi dan Ronaldo dalam senarai
UEFA Player of the Year telah menamakan 10 pemain terbaik dunia dan akan mengumumkan nama pemenang pada 24 Ogos ini di Monaco.
Bintang Barcelona, Lionel Messi, Juventus, Gianluigi Buffon dan Real Madrid, Cristiano Ronaldo masing-masing tersenarai dalam 10 pemain terbaik dunia ini.
Berikut adalah senarai 10 pemain terbaik dunia :-
- Gianluigi Buffon (Italy, Juventus)
- Lionel Messi (Argentina, Barcelona)
- Cristiano Ronaldo (Portugal, Real Madrid)
- Luka Modric (Croatia, Real Madrid)
- Toni Kroos (Germany, Real Madrid)
- Paulo Dybala (Argentina, Juventus)
- Sergio Ramos (Spain, Real Madrid)
- Kylian Mbappe (France, Monaco)
- Robert Lewandowski (Poland, Bayern Munchen)
- Zlatan Ibrahimovic (Sweden, Manchester United)
Senarai pendek tiga pemain dipilih oleh juri yang terdiri daripada 80 jurulatih kelab yang menyertai peringkat kumpulan Liga Juara-Juara UEFA dan UEFA Europa League 2016/17 , bersama dengan 55 wartawan yang dipilih oleh kumpulan Media Sukan Eropah (ESM) , mewakili setiap persatuan ahli UEFA.
Anugerah UEFAPlayer of the Year mengiktiraf pemain terbaik, tanpa menghiraukan kewarganegaraan, bermain untuk kelab dalam wilayah persatuan ahli UEFA pada musim lalu. Pemain dinilai berdasarkan persembahan mereka dalam semua pertandingan - domestik, kontinental dan antarabangsa. Keputusan akhir adalah berdasarkan jumlah undi yang dibuang oleh jurulatih dan wartawan. Jurulatih tidak dibenarkan mengundi pemain dari pasukan mereka sendiri.