Karl-Heinz Weigang akan terus di ingati bola sepak Malaysia
Sebut saja nama Karl-Heinz Weigang, pasti peminat bola Malaysia memang kenal sangat. Ketokohannya dalam arena bola sepak Malaysia tidak boleh di sangkal lagi.
Peminat bola sepak tempatan sekali lagi dikejutkan dengan berita sedih dalam tempoh kurang seminggu apabila jurulatih yang membimbing Malaysia layak ke Sukan Olimpik 1980.
Weigang, 81, adalah jurulatih luar yang paling dikenali di negara ini apabila di bawah bimbingannya Harimau Malaya layak ke Olimpik Moscow walaupun Malaysia kemudian memboikot temasya itu kerana membantah serangan Kesatuan Sosialis Soviet Rusia ke atas Afghanistan. Kejayaan itu adalah yang kedua dicapai skuad negara setelah layak ke Olimpik Munich pada 1972 dan masih gagal diulangi hingga sekarang.