Alvaro Morata dan Victor Lindelof bakal perkuat skuad United musim 2017/18
Manchester United pastinya akan memperkuatkan pasukannya musim hadapan setelah kehilangan Zlatan Ibrahimovic.
United yang kekurangan penyerang kini hampir menandatangani penyerang Real Madrid, Alvaro Morata. Morata kini dalam fasa terakhir mempersetujui tawaran yang di berikan oleh United.
Sementara itu, United yang inginkan bekas pemainnya yang kini bermain bersama Burnley, Micheal Keane hampir pasti tidak akan kembali ke Old Trafford. Keane yang di lepaskan secara percuma kini dinilai £25 juta oleh Burnley.
United bagaimanapun telah mendapatkan pengganti Keane iaitu pertahanan tengah Benfica, Victor Lindelof.