Quantcast
Channel: wayne harraz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 951

Menulis di blog bukan kerna populariti

$
0
0

Menulis di blog bukan kerna populariti


Blog, suatu platform yang sangat unik. Sejak di perkenalkan, ramai yang telah menceburinya. Ia bukan sahaja suatu tempat untuk meluahkan perasaan kita, namun ianya menyumbang kepada carian kata kunci di platform google, yahoo dan lain-lain lagi.

Menulis di blog bukan kerna populariti


Kenapa blog menjadi pilihan


Semasa zaman tanpa penggunaan internet, cara penulisan yang di buat pada ketika itu adalah melalui diari. Yang mana kita akan mencatitkan segala kenangan yang kita lalui.

blog menjadi pilihan

Selain diari, kita juga seringkali mengambil gambar dan meletakkannya di dalam album gambar sebelum kamera digital mengambil alih. Ada juga yang menulis kenangan mereka ataupun nota di belakang gambar tersebut.

Dan dari kaedah lama ini juga, mereka yang terdahulu dari kita akan menghantar gambar mereka ke syarikat majalah hiburan ataupun surat khabar bagi mengisi ruangan khas untuk menambah kenalan. Malah ada juga yang mencari jodoh di ruangan ini.

Namun, setelah peredaran masa, sesuai dengan zaman siber, internet dan komputer mula mengambil alih tugasan diari dan juga album gambar ini.

Para pengguna tegar blog mula menceritakan pengalaman mereka dan meletakkan gambar dan mulai bercerita di dalamnya.

Melalui cara ini juga, ramai orang mulai tertarik dengan corak penyampaian penulis di samping penggunaan gambar yang mendatangkan minat pembaca.

Menulis perlu ada panduan


Penulisan di blog ada pelbagai gaya dan sebenarnya tidak terikat dengan mana-mana kaedah.

panduan menulis blog di sini


Namun harus di ingati, bukanlah kita boleh tulis ikut sesuka hati. Masih ada panduan penulisan yang perlu di ikuti agar content kita menjadi kuat dan sentiasa di cari.

Bagi mereka yang berminat untuk memulakan blog, anda boleh baca  panduan menulis blog di sini.

Blog boleh jana pendapatan


Sebenarnya, blog bukan sekadar tempat perkongsian ilmu atau pengalaman sahaja. Blog juga di gunakan bagi mereka yang melakukan urusan jual beli di atas talian.

Blog boleh jana pendapatan

Menarik! Blog bukan sahaja suatu tempat untuk kita menulis, malah ia juga boleh di jadikan platform untuk menjana pendapatan sampingan

Bagaimana untuk memulakan blog?


Bagi mereka yang belum pernah mempunyai blog dan teringin untuk memulakan blog, pelbagai panduan dan rujukan untuk memulakan blog. Bukannya susah untuk memulakan blog ini. Asalkan kita mempunyai minat menulis pasti ianya menjadi mudah.

Bagaimana untuk memulakan blog

Selain minat menulis, antara salah satu tulang belakang blog ialah nama blog anda. Kebanyakan blog sekarang mempunyai nama yang unik dan penulis blog mula menukar domain dari blogspot.com kepada .com. Sebagai contoh, dahulu blog ini menggunakan nama wayneharraz.blogspot.com. Bagi tujuan komersil, ianya di menukar kepada wayneharraz.com. Soalan yang biasa di tanya ialah macam mana saya nak tukar kepada domain .com? Mudah sahaja. Segalanya mudah dengan adanya perkongsian mengenaipertukaran domain ini di sini.

Jika anda berminat untuk untuk mengetahui lebih lanjut mengenai web hosting, anda boleh baca review Jerry mengenai web hosting di sini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 951