Harga minyak 27 April - 3 Mei 2017
Alhamdulillah. Ada juga penurunan harga minyak minggu ni walaupun tidak banyak. Tapi adakah harga minyak turun setiap kali hujung bulan?
Adakah harga minyak turun setiap kali hujung bulan
Semenjak kerajaan umumkan harga minyak secara mingguan, apa yang menjadi persoalan ialah kenapa harga minyak ni sentiasa naik sahaja.
Dan kalau ikut trend, ini hanyalah pandangan Abe We sahaja, pada penghujung bulan, harganya mulai turun sedikit. Namun, selepas 3 Mei nanti, adakah harga minyak kekal naik yang mana ia mungkin sampai ke tahap RM2.50 atau pun RM3.00?
Mulai 27 April sehingga 3 Mei 2017, harga minyak hanya turun 6 sen berbanding kenaikan sebanyak 14 sen bermula pada 30 Mac sehingga 5 April.