Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort hanya RM58
Menjelang bulan ramadhan tidak lama lagi, antara aktiviti selain beribadah, aktiviti berbuka puasa memang meriah. Semua bangsa dan agama turut merasai kemeriahan buffet ramadhan. Antara tempat yang menjadi tumpuan ialah Bangi Golf Resort. Sememangnya buffet ramadhan Bangi Golf Resort ni memang meriah. Kepada penggemar durian, jangan lepaskan peluang menikmati durian pahang dan musang king di Bangi Golf Resort ni.
Preview Buffet Ramadhan 17 di Bangi Golf Resort
Tahun ni merupakan tahun ke-2 Abe We di jemput memeriahkan majlis preview buffet ramadhan di Bangi Golf Resort. Alhamdulillah, wayneharraz.com sekali lagi di beri kepercayaan oleh pihak Bangi Golf Resort. Memang meriah majlis preview ni. Dan yang paling meriah sekali ialah yang lain dan tak bukan lagi, chef memerangkap emcee di malam itu. Maaflah chef, saya lupa nama chef. Hihiiii
200 lebih menu di sediakan
Kalau nak bercerita bab menu ni, memang best sangat! Paling best of course lah kambing bakar dia. Kuih muih dia pun sedap juga.
Pesta durian di Bangi Golf Resort
Part yang paling best sekali ialah makan durian. Durian yang di hidangkan pula musang king dan durian pahang! Memang syiok. Tapi Abe We suka sangat kuih mochi durian dia. Makan sejuk-sejuk, pergkhhhh...malatops chu'ols!
Harga buffer ramadhan Bangi Golf Resort
Abe We rasa, harga yang di tawarkan di Bangi Golf Resort ni sangat-sangat berbaloi. Hanya RM58 untuk dewasa dan RM29 untuk kanak-kanak.