Lambakan pomade di pasaran
Sejak tercetusnya revolusi gaya rambut hipster di Malaysia yang di pelopori oleh Wak Doyok, pomade sudah menjadi tidak asing lagi.
![]() |
imej : google |
Asal pomade
Pomade bukanlah asing sebenarnya di Malaysia ini. Sejak pertengahan 90-an, ramai murid-murid di sekolah telah menggunakan pomade. Cuma, mereka tidak memanggilnya pomade.
![]() |
imej : google |
Tancho merupakan pomade yang paling lama bertahan di pasaran Malaysia dan paling banyak di gunakan. Dengan harga yang murah, sekitar RM2.00 sehinga RM2.50 ianya menjadi pilihan murid sekolah pada era nya.
Apa yang menarik mengenai Tancho ini ialah baunya. Bukan harganya tetapi baunya yang lebih signifikan.
Bagi mereka yang telah menggunakannya dahulu, bau Tancho memang menjadi kenangan. Tidak seperti pomade moden, bau Tancho adalah yang paling di ingati.
Bila kita menggunakan Tancho, kemudian kita memakai songkok, secara automatiknya songkok itu wajib di tukar tanpa sebarang pertanyaan.
Cambahan kedai gunting rambut moden
Dengan tercetusnya revolusi gaya rambut hipster maka lahirlah kedai gunting rambut hipster atau di kenali sebagai “modern barbershop” yang mana mereka memenuhi permintaan rambut hipster.
![]() |
imej : google |
Pelbagai kedai gunting rambut moden ini keluar ibarat cendawan yang baru tumbuh. Walaupun kedai gunting rambut moden ini semakin bercambah, kedai gunting mamak masih tidak sepi.
Ini ekoran dari harga yang di tawarkan antara kedua kedai ini berbeza. Bagi yang inginkan penggayaan rambut biasa dengan harga yang biasa, mereka lebih selesa memilih kedai gunting mamak. Tapi bagi mereka yang memilih gaya, kedai gunting rambut moden menjadi pilihan.
Harga kedai gunting rambut ini pula bermula dari serendah RM20. Manakala kedai gunting mamak dari serendah RM8.
Lambakan pomade di pasaran
Pada permulaan revolusi pomade ini, rata-rata penjual pomade menjual pomade yang di import dengan harga puratanya dari RM50 ke atas.
Namun dalam masa 2 hingga 3 tahun kebelakangan ini, seiring dengan percambahan kedai gunting rambut moden, ramai yang mula mengeluarkan jenama sendiri.
Pada permulaannya, harga pomade tempatan ini di jual dengan harga RM35 setin. Harga ini separuh lebih murah dari harga pomade import.
Persaingan jualan pomade ini menjadi sengit. Muncul pula pemborong pomade yang mula menawarkan pomade dengan harga borong dan peniaga kecil boleh meletakkan jenama sendiri. Dari harga RM35 setin, kini pomade tempatan ini boleh di dapati dengan harga RM15 setin.
Manakala harga borong satu tin pomade jatuh di antara RM6 sehingga RM10. Dan lambakan pomade ini menyaksikan pelbagai jenama mulai bercambah.
Permintaan pomade kekal meningkat
Semakin banyak jenama pomade di keluarkan, bakal menyaksikan persaingan harga di antara penjual-penjual. Bagi orang lama dalam industri ini, mereka tentunya berasa sakit hati ekoran tiada kawalan harga dan margin keuntungan mereka juga bakal terjejas.
Namun, dari sudut pengguna pula mereka mahukan harga yang memberi keuntungan kepada mereka.
Permintaan pomade ini kekal relevan pada masa sekarang dan datangnya dari pelajar sekolah terutamanya dan juga golongan remaja.
Pada harga sekitar RM15 setin, tentunya mereka di antara golongan yang suka membelinya dan sangat murah berbanding harga RM35 setin yang di jual sebelum ini.