Quantcast
Channel: wayne harraz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 951

Mari Daftar PR1MA

$
0
0

Permohonan PR1MA Di Buka

Kepada mereka yang masih belum mempunyai rumah, boleh lah memohon PR1MA yang telah di buka sekarang.

Lokasi PR1MA


Terdapat 3 lokasi yang di buka iaitu di Tebrau, Johor, Cyberjaya dan juga Bandar Meru Raya, Perak.

Harga bermula dari RM180,000.00 (Tebrau), RM220.000.00 (Cyberjaya) dan RM250,000.00 (Bandar Meru Raya).


Kelayakan memohon PR1MA

  1. Warganegara Malaysia
  2. Bujang atau berkahwin dan berusia 21 tahun ke atas
  3. Pendatapan se isi rumah RM2,500 - RM10,000 sebulan.
  4. Tidak memiliki lebih dari 1 hartanah

Proses pengundian PR1MA

Bagi mereka yang tidak tahu, pihak PR1MA akan menjalankan proses cabutan undi kepada mereka yang bernasib baik.

Sebelum proses pengundian ini, kita haruslah mendaftarkan diri kita di www.pr1ma.my

Pendaftaran PR1MA

Untuk mendaftarkan diri, kita perlu menyediakan dokumen-dokumen seperti berikut:-

1. Maklumat Mengenai Pekerjaan

  • Nombor fail cukai pendapatan LHDN
  • Nombor KWSP
  • Jumlah purata pendapatan kasar bulanan *
  • Nombor persaraan (hanya untuk pesara)
  • Maklumat mengenai pekerjaan pasangan (jika ada)
* Sila masukkan "TIADA" jika anda tidak mempunyai nombor LHDN & KWSP

2. Maklumat Hartanah yang Dimiliki (jika ada)

  • Alamat
  • Saiz dan jenis
  • Tarikh pembelian

3. Lampiran untuk Pendaftaran

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Slip gaji terkini (1 bulan terkini)
Nota : Pemohon yang berpendapatan kurang daripada RM2,500.00 perlulah mengemukakan penyata bank sebagai dokumen sokongan.


Mari dapatkan rumah pilihan anda...


Image and video hosting by TinyPic

Viewing all articles
Browse latest Browse all 951