Quantcast
Channel: wayne harraz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 951

Avillion Port Dickson hotel paling best

$
0
0

Jom bercuti ke Port Dickson

“Pa, minggu depan kita pergi bercuti nak?”
“Nak pergi mana?”
“Kalau boleh nak pergi pantai. Kita pergi PD nak?”
“Port Dickson?”
“Yup. Port Dickson. Lama tak pergi situ”
“Boleh la. Papa pun lama tak pergi sana. Last pergi pun tahun 2012 kot”

Lama sebenarnya Abe We tak pergi PD ni. Tapi bila tengok orang lain selalu pergibercuti ke Port Dickson beachni, kadang-kadang tertanya juga. Apa yang menarik lagi ye dekat PD tu.


Nak tau tak? Jom dengar Abe We cerita pengalaman Abe We bercuti di PD. Mungkin ada yang selalu pergi PD tetapi masih mencari tempat-tempat yang best di PD kan? Lepas Abe We cerita ni, mesti korang semua terasa nak pergi pula.

Beberapa kali, Abe We pergi ke PD ni, bab paling susah sekali ialah bab pilih hotel. Pening kepala di buatnya kalau nak pilih hotel tu. Kadang-kadang dapat hotel yang ok. Kadang-kadang yang kurang sikit. Tapi kali ni Abe We nak cerita pengalaman Abe We stayed di Avillion Port Dickson hotel.

Jenis Bilik di Avillion Port Dickson


Di sini, ada tiga (3) kategori bilik yang di sediakan iaitu Chalets, Villas dan By The Beach. Untuk setiap kategori pula kita boleh pilih mana satu daripada tiga (3) jenis bilik yang sesuai dengan saiz keluarga kita dan room setting yang menjadi pilihan kita. 

Chalets
  1. Garden Chalet
  2. Water Chalet
  3. Premium Water Chalet
Villas
  1. 1-Bedroom Water Villa
  2. 2-Bedroom Water Villa
  3. 3-Bedroom Ultimate Water Villa
By The Beach
  1. Beach Room
  2. Beach Studio
  3. 3-Bedroom Beach Duplex
Kesemuanya ada 9 jenis bilik yang kita boleh pilih. Haa itu baru cerita tentang bilik tau. Ada lagi yang Abe We nak cerita ni.

Garden Chalet
Premium Water Chalet

Aktiviti di Avillion Port Dickson



Sekarang jom tengok aktiviti-aktiviti yang boleh kita lakukan di sini.

Dah menginap di tepi pantai, mestilah yang famousnya sukan air dan pantai. Antaranya sukan air yang ada ialah berkayak, luncur angin, water bee, hydro bike dan bermain bola tampar (seronok kalau kita main ramai-ramai).

Spa & Steam dan Sauna di Avillion Port Dickson


So, kalau stay sini dua hari satu malam belum tentu kita puas menikmati percutian di Avillion Port Dickson ni. Next, Avillion juga turut menyediakan perkhidmatan spa dan steam dan juga sauna. Kepada kaum hawa atau ibu-ibu mesti teruja dengar kan. Selain dari menikmati pemandangan yang indah, kita juga boleh merehatkan minda dan memanjakan badan di spa serta steam dan sauna ni.


Sauna untuk lelaki


Ada ke tak ye sauna untuk lelaki? Biasanya memang susah nak jumpa. Tetapi di sini kaum lelaki juga boleh cuba. Jangan risau ok. Mereka ada pekerja lelaki untuk mana-mana tetamu lelaki yang inginkan perkhidmatan spa di sini. And for those yang tak boleh berenggang dengan gym sampai tak boleh pergi vacation sebab terganggu jadual work out korang, Avillion PD menyediakan sebuah gym yang besar dan well-equipped. World class fitness equipment pihak Avillion sediakan. So, apa lagi yang buatkan korang taknak ke sini?

Aktiviti kanak-kanak


Asyik aktiviti dewasa je. Aktiviti anak-anak takde ke? Sudah tentu lah ada. Avillion menyediakan Kid’s spa juga untuk anak-anak. Di sini bagi anak-anak perempuan tu boleh lah mencuba manicure, pedicure macam ibu-ibunya juga. 

Bukan itu je, Kid’s Cabin juga disediakan di mana anak-anak boleh enjoy pelbagai perkara seperti painting, storybooks, watching movies dan juga bermain outdoor playground. Wah! Pasti anak-anak akan rasa teruja dan tak bosan di sini.

Kolam renang di Avillion Port Dickson


Tadi Abe We dah cerita aktiviti outdoor dan juga indoor. Tapi macam ada yang tak lengkap lagi. Oohh…Lupa pula. Ada satu lagi aktiviti yang wajib kita lakukan setiap kali tidur di hotel iaitu mandi di kolam renang!


Ada sesuatu yang sangat mengujakan tentang kolam renang di Avillion ni. Jangan terkejut ye kalau dengar Avillion menyediakan tiga buah jenis kolam renang. Satu khas untuk anak-anak dimana kedalamannya sesuai dan selamat untuk anak-anak bawah 12 tahun. Yang kedua adalah swimming pool bertemakan kekeluarga dan suasana kampung. Swimming pool ni cukup meriah bagi keluarga-keluarga besar. Yang ketiga adalah swimming pool berbentuk panjang yang sesuai kepada perenang-perenang yang inginkan ketenangan semasa berenang.

Sebenarnya, bukan aktiviti ini sahaja yang ada. Ada lagi aktiviti-aktiviti santai yang boleh anda lakukan  seperti Nature’s Walk, Fishing and Crabbing, Caklempong, mengunjungi Spice Farm, Orchid Hut, Pet Farm, Aviary dan berehat di Look out Point sambil menikmati pemandangan indah Avillion dan pantai Port Dickson.

Look out Point

Seronok sebenarnya bercuti di PD ni. Banyak aktiviti yang boleh kita lakukan. Bagi yang masih belum cuba aktiviti di PD tu, tunggu apa lagi? Jom lah ke Avillion PD sure takkan menyesal. Abe We nak katakan sesuatu “This is the best Port Dickson hotel!”

Viewing all articles
Browse latest Browse all 951