Cinta Monyet - adakah ianya sebuah cinta atau sekadar khayalan?
"Man, kau kenal Milah, budak kelas 6B?”
"Milah yang pakai spek tu ke?"
"Aah. Milah yang tu la. Takkan Milah Saires kot"
"Tu bukan Milah Saires la dol. Tu Miley Cyrus. Kau suka Milah eh?"
Itu adalah antara ayat-ayat permulaan Cinta Monyet di kalangan pelajar sekolah. Tidak di nafikan, 10% pelajar di dalam sebuah sekolah akan terlibat dengan Cinta Monyet walaupun mereka bukanlah belajar di dalam zoo.
Cinta itu adalah anugerah. Anugerah dari yang maha esa kepada kita. Cinta itu bersifat universal. Tidak terarah kepada manusia sahaja.
Makna cinta
Secara teorinya, jika kita menyukai seseorang yang berlainan jantina dengan kita, kita akan mentakrifkannya sebagai cinta.
Cinta sering di momokkan di dalam drama-drama di dalam televisyen dengan menceritakan keindahan cinta.
Bagi golongan remaja yang mula berjinak-jinak dengan cinta, mereka sering terikut-ikut adegan di dalam televisyen.
Mereka tidak mengetahui apakah yang di namakan cinta.
Makna cinta yang sebenarnya ialah tanggungjawab. Bukan sekadar kita menyukai seseorang itu sahaja, tetapi cinta penuh dengan tanggungjawab.
Jika kita menyukai seseorang itu, selesa bersamanya, kita masih belum cukup mencintainya. Ini kerana, kita masih tiada rasa tanggungjawab ke atas dirinya.
Makna tanggungjawab di dalam cinta bukanlah sekadar bertanya khabar, memberikan hadiah, tetapi setiap tingkahlakunya, tutur katanya, kesihatannya, keperluannya menjadi keutamaan dan pengorbanan kita.
Cinta monyet bukan cinta sejati
Jika kita bertanyakan pelajar sekolah mengenai cinta ini, mereka dengan yakin sekali menyatakan mereka sangat mencintai pasangan mereka.
Pelbagai pengorbanan mereka lakukan. Bermesej sehingga 3 pagi, membelikan coklat ketika hujan lebat, malah ada yang lebih ekstrim lagi dengan mengelar tangan mereka atau juga mengelar leher mereka barangkali.
Namun, jika semua ini di lakukan dengan menggunakan duit ibu bapa mereka sendiri, makanya, itu pengorbanan, penat lelah ibu bapa mereka berkerja. Mereka sanggup berlapar dahaga untuk anak mereka. Sedangkan anak mereka pula menggunakan duit ibu bapa mereka bermain cinta yang tiada jaminan.
Tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa
Menjadi tanggungjawab anak-anak untuk merealisasikan impian dan harapan ibu bapa.
Titik peluh mereka, kesusahan dan pengorbanan mereka wajar di balas.
Harapan ibu bapa sangat tinggi. Ingin lihat anak mereka berjaya di dunis mahupun akhirat.
Jadi, apakah tanggungjawab anak-anak? Soal pelajaran harus di utamakan. Kerana ianya menjamin masa hadapan.
Adakah ibu bapa mereka bangga dengan kejayaan anak mereka dari segi akedemi? Atau dengan siapa dan berapa ramai teman anak mereka ada? Tentunya kejayaan akedemi menjadi kebanggaan anak mereka.
Sesetengah mungkin tidak berjaya dalam akedemi, namun mereka lebih menyerlah di dalam sudut teknikal. Ini juga amat membanggakan ibu bapa.
Tumpukan kepada pelajaran
Sebagai akhir kata, sesudah kita berjaya dalam pelajaran nanti, pastinya kita akan menemui cinta sejati. Cinta tidak datang, tetapi kita harus mencarinya. Jangan harapkan ia datang bergolek, kerana ianya satu misteri
SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!
Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35
Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra