#Cabaran20Hari | Pengalaman Sahur
Cabaran hari ke-2.
Cabaran hari ke-2 ini kita bercerita pasal pengalaman sahur.
Seingat Abe We, tak ada lah pengalaman yang dahsyat pernah Abe We lalui.
Abe We ni kategori senang bangun tidur. Biasanya mak Abe We kejutkan 2-3 kali, Abe We bangun dah.
Tapi masa kecik-kecik dulu, Abe We dengan Adib dan Zul iaitu jiran Abe We, kitorang suka lepak lepas sahur.
Elok je pkul 6 biasanya, kitorang terus keluar rumah. Tapi malam tu kitorang da pakat dulu. Kalau tak, kompem tak dapat keluar pagi tu. Nak keluar pun senyap-senyap je. Tolak pintu tak de bunyi kau! Hahahaaa.....
Ala, kitorang lepak pun dekat depan rumah adib je. Kadang-kadang baring je atas rumput tu. Bukan buat apa pun. Kadang-kadang, pergi jalan-jalan kawasan dekat situ. Agak-agak dah pukul 7 pagi baru balik. Hahaha....
Tapi tu lah kenangan masa kanak-kanak paling best. Sekarang memang tak ada nak rasa lah.
