Maxis tambah kuota internet selepas Celcom
Siapa di sini pengguna Maxis macam Abe We? Baru-baru ini Celcom telah menjaga hati pengguna mereka dengan menaikkan kuota internet pelanggan Celcom sehingga maximum 60gb.
Banyak betul naiknya. Terfikir juga kan, kalau dah sampai 60gb tu, boleh habis ke tak?
Tak nak kalah dengan Celcom, Maxis pula lawan Celcom dengan memberi sehingga maksimum 50gb. Waahhhh....persaingan yang amat baik.
Tapi, ada persamaan yang di berikan oleh kedua syarikat ini iaitu penggunaan hari biasa dan hujung minggu. Kalau sebelum ini, Maxis memberikan kuota 15gb untuk sebulan, namun kini Maxis menambah kuota itu dengan mengenakan 20gb hari biasa dan 20gb hari minggu.
Mari kita lihat dengan lebih lanjut mengenai pelan Maxis terbaru ini.
Pelan Maxis Abe We sekarang ini ialah MaxisOne plan 158 yang berkuota sebanyak 15gb internet. Hanya sekali je Abe We terlebih guna internet dan mengakibatkan tiada internet selama 7 hari. Tapi selamat Whatsapp masih boleh.
Bila ada tawaran macam ni, rasanya memang sesuai nak streaming live bola sepak EPL. Kalau nak tengok bola, kang nanti isteri terchinta dan anak terchinta tak dapat tengok tv pula kan.
Mujur Maxis upgrade pelan baru ni.
SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!
Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35
Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra