Quantcast
Channel: wayne harraz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 951

Skinny jeans merbahayakan kesihatan

$
0
0

Skinny jeans merbahayakan kesihatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Ini adalah info terbaru Abe We dapat. Tanpa di sangka-sangka, pemakaian seluar skinny adalah merbahaya kepada kesihatan kita.

Menurut info dari pelbagai sumber, seluar yang menjadi trend sekarang ini, boleh menyebabkan penyakit berkaitan saraf kaki dan juga lutut.

Telah terjadi 1 kes di mana seorang wanita tidak boleh bergerak selama 4 hari kerana masalah saraf kaki, pada buku lali dan juga pada pehanya.

Wanita itu sebelumnya telah menolong keluarganya berpindah. Dia mencangkung terlalu lama untuk membersihkan almari. Akibat dari itu, dia tidak boleh bergerak.

Daripada pemeriksaan doktor, ianya di sebabkan oleh seluar skinny yang di pakainya menjadi terlalu ketat dan otot-ototnya tidak boleh mengembang dan menguncup seperti azali.

Trend seluar skinny ini memang semakin popular kebelakangan ini. Tidak kira lelaki atau perempuan, rata-rata ramai yang memilih seluar skinny.

Dan percayalah, hampir 100% pemakai seluar skinny tidak tahu hal ini dan kes ini agak terpencil.

Oleh itu, bertukarlah kita kepada seluar yang lebih selesa.


sumber:
http://jnnp.bmj.com/content/early/2015/05/27/jnnp-2015-310628.full
http://edition.cnn.com/2015/06/23/health/skinny-jeans-nerve-damage/
http://www.dailymail.co.uk/news/article-3135299/Careful-girls-skinny-jeans-health-hazard-Doctors-highlight-case-woman-35-spent-four-days-hospital-trousers-tight-cut-circulation-feet.html



Image and video hosting by TinyPic

Viewing all articles
Browse latest Browse all 951