Quantcast
Channel: wayne harraz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 951

Resepi Bubur Ayam McD

$
0
0

Resepi Bubur Ayam McD


Alkisah, semalam. Mama Harraz tak sihat dan MC. Bila duduk dekat rumah dan MC pun sebab sakit perut, teringin pula dia nak makan bubur ayam McD.

Resepi Bubur Ayam McD

Mama Harraz pun whatsapp la Abe We untuk beli barang-barang untuk masak bubur ni. 

Bila habis waktu kerja je, Abe We pun pergilah pasar beli daun bawang, daun sup, bawang merah, bawang putih, bawang goreng dan minyak bijan.

Ehhh...ada pula nak pakai minyak bijan ni. Nak buat apa ek? Tak pernah pula Abe We guna minyak bijan ni. Tapi tak pe lah, Beli je dulu.

Bila sampai rumah tu, da siap tolong prepare semua, Abe We pun tanya la sang isteri yang tercinta.
Bubur da siap masak. Ayam da siap siat. Daun sup dengan daun bawang dah siap potong. Bila nak masukkan minyak bijan ni? Guna ke tak minyak bijan ni?
Lepas tu Mama Harraz pun jawab
Minyak bijan tu tuang masa nak makan nanti. Cuba tuang atas bubur tu.
Bila Abe We tuang,  
 Haa lah....sama macam bubur yang kita beli. Ooooo....minyak yang berlinang tu, minyak bijan rupanya. Ingatkan minyak lebih dari goreng bawang......
Baru tau.....................huhuhu 

Bahan-Bahan Bubur Ayam McD


  • 1 1/2 cawan beras
  • 1 biji lada merah
  • 1 inci halia - hiris halus
  • ikan bilis goreng
  • bawang goreng
  • sedikit isi ayam - potong-potong kecil
  • serbuk secukup rasa pati ayam
  • sedikit minyak bijan - tak de pun tak pe
  • air secukupnya
  • sedikit daun bawang dan sup - hiris

Cara Penyediaan Bubur Ayam McD


#1: masukan air untuk rebus ayam dan pastikan air rebusanya banyak kerana untuk masak nasi juga. kemudian asingkan ayam dan air rebusan ayam.

#2: basuh beras sehingga bersih selepas tu masak nasi dengan air rebusan ayam tadi. asingkan sedikit air rebusan ayam yang ditambah garam dan secukup rasa takut nasi kembang dan kering.

#3: semasa memasak nasi, kacau dan masukan air rebusan sedikit demi sedikit sehingga nasi kembang dan lembik.

#4: dan bila bubur ayam dah masak masukan halia, serbuk perasa, dan garam. masukan juga hirisan daging ayam ke dalam bubur.

#5: akhir sekali, taburkan hirisan bawang goreng, lada merah, ikan bilis, dan daun bawang atau sup. kemudian masukan juga beberapa titik minyak bijan.


SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Viewing all articles
Browse latest Browse all 951