Quantcast
Channel: wayne harraz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 951

EL Nino dan Ular - Apa perlu kita buat?

$
0
0

Tips terjumpa ular

Apa yang perlu kita buat jika terserempak dengan ular


Di musim panas yang mencabar ni, di tambah pula dengan musim el nino kita sudah pun di kejutkan dengan cerita murid sekolah di patuk ular.

Murid sekolah di patuk ular


Tips terjumpa ular

Ada dua kes murid di patuk ular. Satu (1) kes di Kota Bharu dan satu (1) kes lagi di Rembau melibatkan murid sekolah rendah.

Tips terjumpa ular

Kita tidak boleh nak salahkan pihak sekolah dan murid itu sendiri. Cuma kita perlu ingatkan anak-anak kita dan diri kita sendiri supaya elakkan ke tempat-tempat yang boleh mengundang bahaya terutama di kawasan semak.

Ular di dalam kereta


Bahkan ada juga yang menghantar mesej di whatsapp mengenai kejadian yang terjadi seperti ini.

Tips terjumpa ular

Mau tak menjerit kalau ada mahluk ni di dalam kereta. Nasihat di dalam mesej di Whatsapp juga di berikan agar kita tidak membuka sedikit tingkap kereta kita dan tidak di parkir di kawasan atau di bawah pokok kerana berkemungkinan mahluk ini akan menumpang.

Abe We pun parkir di bawah pokok juga. Kebetulan parkir di ofis ni banyak pokok. Kalau sampai awal, dapatlah parkir di kawasan berbumbung.

Bila nak balik kerja tu, buka je pintu kereta, terus Abe We cek segala ruang di dalam kereta, Seriau juga kalau-kalau terjumpa. Mau lari tak cukup tanah.

Ular di dalam rumah


Bagaimana pula cerita ular di dalam rumah?

Ada juga Abe We dengar mahluk ni menyusup masuk melalui toilet. Oooooo......sungguh ku takut mahu pergi toilet. Lagi-lagi toilet bawah.

Sekarang ni, setiap kali balik rumah je, Abe We mesti cek bilik dan dapur. I is seram u ollll......

Kalau nak pergi toilet untuk termenung seketika pun tengok dulu lubang jamban tu. Ada ke tak gerak geri yang mencurigakan. Tengok juga baldi yang ada dalam toilet tu.

Tapi bila dah duk mencangkung, i is still rasa seram u olllll...........

Hahahaha..........

Tips terserempak dengan ular


Berikut panduan yang boleh diamalkan apabila terserempak ular:

1. Jangan panik jika mengetahui atau mengesyaki ada ular masuk ke kawasan kediaman

2. Kenal pasti kawasan yang terdapat ular dan kuarantin kawasan tersebut

3. Jangan melakukan pergerakan provokasi atau gerakan mengejut terhadap ular. Ular lebih mudah menyerang jika ia terancam

4. Cuba kenal pasti jenis ular berbisa atau tidak. Tetapi jika tidak pasti jenis ular, anggap sahaja ia berbahaya.

5. Telefon nombor 999, panggilan kecemasan, untuk meminta bantuan penyelamat (contoh: JPAM)

6. Perhatikan ular dari jarak yang selamat dan pastikan ia tidak hilang daripada pandangan.


Ok. Kita dah pun baca tips ni, jangan lupa simpan ye.


ref:
http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/murid-tahun-dua-dipercayai-dipatuk-ular-1.278217
http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/murid-tahun-1-maut-dipatuk-ular-di-sekolah-1.277624
http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/alamak-ada-ular-jangan-panik-jangan-provokasi-pesan-jpam#sthash.64uksRgB.dpuf

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Viewing all articles
Browse latest Browse all 951