Jangan terpedaya menu yang di cadangkan
Pilih menu yang biasa makan
Sabtu lepas, Abe We dan famili Mama Harraz pergilah menjamu selera di Bagan Lalang. Bukan jauh sangat pun kalau dari rumah Abe We. Dalam 30 minit je. Kalau nak pergi ke tempat lain, jauh sikit lah.
Tempat yang biasanya kami pergi ialah HM Sri Bagan.
Rasanya kedai ni dah memang femes sangat dah. Memang kebiasaan orang akan pergi kedai ni.
Tapi hari Sabtu lepas, tak ramai pulak orang yang datang. Mungkin mereka ada tempat lain agaknya. Abe We pun bukan selalu pergi sini. Setahun sekali je.
Bila dah datang setahun sekali, banyak lah benda baru dekat sini. Ok, jom kita pergi lihat menu yang kitorang pilih. (maaf gambar menu tak de. Sebab malas amek gambar bila makanan sampai. hehehe)
1. Pepahat
2. Ketam
3. Kupang
4. Sotong
5. Ikan Sebelah
6. Ikan Talapia
7. Udang
Semasa memilih menu dekat atas ni, kitorang pun tanyalah brader yang jual tu. Macam malas nak fikir nak masak apa yang best, so kitorang suruh dia suggest lah kecuali udang & sotong. Sebab sotong ni Mama Harraz paling suka goreng tepung. Udang ni pulak kitorang order lambat. So, order paling senang ialah udang butter.
So, apakah menu yang di cadangkan?
*gambar amek dekat google je la ye. Share dari blog/web orang lain. Gambar ini adalah sekadar gambaran dari segi rupa luaran menu tersebut.
1. Pepahat
Pepahat Masak Pedas/Sambal
foto kredit eyriqaza.com |
Sebab tak berapa pasti antara pepahat masak pedas/sambal dengan sweet sour yang mana sedap, kitorang serahkanlah kepada brader tu untuk suggest.
Sekali makan, failed di tekakku dan mereka yang lain. Tak sedap pulop.....
Makan pun sekali sekala, so tak tahu la masakan mana yang sedap. Huhuuuu

2. Ketam
Ketam Masak Telur Masin
![]() |
foto kredit sheilaarshad.blogspot.com |
Ketam masak telur masin. Kalau dengar menu ni, PASTI nak cuba!!!! Sebab apa? Sebab lain dari lain. Gambar ketam ni tak sama dengan ketam yang kitorang order. Kitorang order ketam bunga kot. Ketam dalam gambar ni lain. Tapi cara masakan dia lebih kurang.
Ketam masak telur masin ni ada kuah sikit. Ada telur masin bersepah.
Sekali makan, oooohhh... Abe We terus cakap dekat Mama Harraz. Tak pe lah.
Lagi satu, ada macam bau aneh yang Abe We hidu dari ketam ni. Memang tak sentuh langsung la.
Dan ketam bukan feveret Abe We pun.
Pak mertua Abe We cakap, baik order ketam black pepper. Lagi sedap
3. Kupang
Kupang Masak Sos Tiram
![]() |
foto kredit www.anajingga.com |
Kupang masak sos tiram ni Abe We tak rasa pun. Sebab antara bukan feveret Abe We. Tapi diorang kata boleh la. Tak sedap mana

4. Ikan Sebelah & Ikan Talapia
Bakar
![]() |
Talapia bakar - foto kredit vkeong.com |
![]() |
tak jumpa plak ikan sebelah bakar. Tapi tunjuk je la gambar ikan sebelah |
Masa pilih ikan di HM Seri Bagan, Abe We nampak je ikan sebelah ni, terus amek tanpa berbelah bagi. Memang lama dah nak makan ikan ni.
Ikan talapia tu suggestion dari brader tu. Ikan ni lain dari talapia sungai lah. Bela dekat muara lah. Apelah.
Ye lah bang. Saya amek sekor talapia.
Tak di nafikan, ikan sebelah bakar ni sedap. Lembut je isi dia. Memang nyum-nyum. Tapi ikan talapia bakar biasa-biasa je. Ada part dekat talapia tu rasa pahit. Tak tau la pebenda yang pahit tu. Layan ikan sebelah lagi syok.

5. Udang
Udang masak butter
![]() |
foto kredit aziejaya.blogspot.com |
Mama Harraz cakap
Sedap udang butter dia!

Tapi Abe We tak makan pun. Hehehe.... Udang, sotong memang Abe We kurang makan. Tapi kalau bagi belangkas tu Abe We memang laju makan. Heheeee.........
Kesimpulan
Kesimpulan dari pengalaman Abe We ni, rasanya menu yang di cadangkan oleh mereka tu amat mengecewakan. Better kita makan menu yang biasa kita makan.
Tapi nak try boleh. Takde masalah. Maybe tekak Abe We ni tak sesuai dengan menu yang di cadangkan.
Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35
Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra
