Taman Seri Changgang 2
Rumah Berkembar Satu Tingkat
Elok je keluar dari kereta, ternampak pula bunting ni.
Wahh...ada taman baru nak buka lagi dekat Bukit Changgang ni. Apa yang paling menarik dalam bunting ni ialah ayat dia BUMIPUTERA UNTUK MELAYU SAHAJA.
Bermain juga persoalan di minda ni.
Berkemungkinan, taman ini akan di buka jualan untuk Bumiputera Melayu sahaja. Bagaimana pula harganya? Berapa pula unit yang di jual? Siapa developernya?
Persoalan ini haruslah di jelmakan oleh kita sebagai pembeli. Walaupun ada pelbagai lagi soalan, tapi kita ambil beberapa soalan penting ini.
Sebagai pembeli, harga memainkan peranan. Lokasi sekarang sudah menjadi persoalan kedua. Kerana jarak lokasi menentukan harga rumah kita. Sebolehnya kita mahukan lokasi yang paling dekat dengan tempat kerja. Tetapi jika kita sememangnya berkemampuan, tidak salah cari lokasi rumah yang paling berdekatan dengan rumah kita.
Tetapi, tak semua kita mampu. So, solusi yang terbaik, cari rumah yang mampu kita bayar walaupun jarak ke tempat kerja memainkan peranan.
Upicon Group of Companies
Abe We telah selidik sedikit tentang syarikat ini. Dari segi laman web dia, boleh di katakan syarikat ni berada di atas par. Boleh di yakini juga (pada pengamatan Abe We)
Syarikat ini ada menerangkan sejarah permulaan syarikat ini. Bagaimana ia di tubuhkan dan sebagainya.
Lokasi rumah
Kawasan perumah ini terletak di Bukit Changgang, Banting. Bagi sesiapa yang pernah melalui jalan ini, kawasan ini berada di jalan Bukit Changgang - KLIA.Rasanya mudah juga untuk kita mencari tempat ini.
Apa yang di musykilkan di sini, kenapa taman ini ada 2 lokasi yang berlainan tetapi mempunyai nama taman yang sama.
Harga Rumah
Mampu milik atau tidak?
Kalau hendak di ikutkan dari peta dan info yang di berikan dari pemaju/developer ini, terdapat 2 taman yang sama nama namun berlainan lokasi.
Kalau kita klik pada info yang terdapat di dalam peta itu, terdapat 2 harga yang berlainan.
Bagi rumah berkembar setingkat, harga yang di tawarkan ialah minimum RM360,000.00. Manakala sesebuah setingkat ialah minimum RM460,000.00
Perlu di ingatkan minimum harga rumah ini ialah RM360,000.00. Dari pengalaman Abe We, harga rumah ini berkemungkinan rumah intermediate unit ataupun rumah unit tengah. Jika rumah corner harganya adalah lebih mahal.
Kadang-kadang, walaupun developer ini meletakkan harga RM360,000.00 namun jika ada diskaun bumiputera, harga ini akan berkurangan lagi. Jika anda berkerja di sektor awam pula, untunglah anda kerana ada beberapa keistimewaan yang di berikan dari pihak bank.
Jika anda bergaji RM3,000.00 - RM3,500.00 dan pasangan anda bergaji lingkungan ini juga, rasanya rumah ini di kategorikan rumah mampu milik.
Dari segi pengiraan kasar, purata bayaran bulanan adalah sehingga RM1,800 sebulan.
Bagaimana hendak menghubungi developer/pemaju ini?
Tiada maklumat untuk menghubungi pemaju
Dari sumber laman web developer ini, mereka tidak meletakkan alamat, nombor telefon pejabat dan juga nombor faks.
Mereka hanya meletakkan nombor telefon bimbit barangkali.
Namun, jika kita google, kita akan terjumpa alamat developer ini. Pejabat mereka terletak di Klang.
Nasihat Abe We, siasatlah betul-betul mana-mana pemaju yang masih tiada nama dalam industri ini. Ada segelintir pemaju yang bila ada duit, dia buat rumah. Bila terkantoi di tengah jalan, rumah tak siap, pembeli kena bayar duit macam-macam.
Ada pula rumah dah siap, macam-macam defects kena tanggung.
Apa-apa pun, siasat dulu sedalam-dalamnya. Mungkin rezeki anda baik, tiada apa yang di risaukan sebelum dan selepas membeli rumah.
Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra
