Quantcast
Channel: wayne harraz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 951

Kesan buruk bauksit terhadap kesihatan

$
0
0

Boleh menyebabkan Alzheimer

Rupanya, sangat menyeramkan apabila Abe We membaca kesan buruk bauksit terhadap kesihatan kita sebenarnya. BACA DI SINI

Dalam diam-diam, jika kita terdedah, bahan kimia yang terkandung dalam bauksit itu boleh menyebabkan penyakit Alzheimer.


Masya allah...... Memang merbahaya sebenarnya.

Bayangkan, mereka yang duduk di kawasan perlombongan bauksit tu, hari-hari hirup udara yang terkandung di dalamnya debu-debu bauksit.

Mari kita bayangkan dengan lebih lagi, apabila bayi atau kanak-kanak di usia yang begitu muda, menghirup udara yang tidak sihat ini.

Apa akan jadi pada mereka dalam masa 10 tahun lagi atau 20 tahun lagi atau 30 tahun lagi? Bukan mereka seorang, mungkin ada 100 orang bayi atau 300 orang bayi di kawasan itu. Bagaimana kehidupan mereka di masa hadapan?

Adakah pihak yang berkepentingan tidak mengkaji dahulu kesan yang bakal di hadapi semata-mata mengejar wang ringgit? Kerana wang, segalanya di korbankan. Gelap mata kerana wang, gelap hati juga kerana wang.

Environmental Impact Assessment (EIA) Report

Sepatutnya, sebelum melakukan sebarang kerja-kerja perlombongan atau kerja-kerja yang berkaitan dengan kemusnahan alam sekitar, pihak yang berkaitan harus melakukan dan mendapatkan laporan Environmental Impact Assessment (EIA) atau di kenali dengan laporan Penilaian Kesan Alam Sekeliling yang di kendalikan oleh Jabatan Alam Sekitar.

Dari laporan ini, kita akan dapat mengetahui samada sesuatu projek itu boleh di teruskan atau pun tidak.

Apa itu laporan Environmental Impact Assessment (EIA)?

Info berkenaan laporan Environmental Impact Assessment (EIA) boleh di BACA DI SINI?

Tetapi, adakah sesuatu projek itu di wajibkan mengemukakan laporan EIA ini? Ianya haruslah di jawab oleh pihak yang berkaitan.

Bauksit dan Alzheimer

Menurut dari laporan berita oleh Astro Awani, kandungan kimia di dalam bauksit itu boleh menyebabkan mereka yang terdedah akan menghadapi penyakit Alzheimer.

Apa itu Alzheimer

Alzheimer secara ringkasnya di takrifkan sebagai masalah kurang daya ingatan sehingga boleh menyebabkan seseorang tidak boleh menguruskan diri sendiri.

Ada yang mengatakan Alzheimer itu nyanyuk. Namun ianya bukanlah takrifan nyanyuk yang sebenarnya. Nyanyuk di takrifkan sebagai dementia yang mana ia melemahkan pertuturan, kewarasan, ingatan, pertimbangan, perubahan personaliti dan tingkah laku yang tidak terkawal.

Tanda-tanda Alzheimer

Lupa meletakkan kunci kereta, mengambil baki wang, tidak tahu membeli barang ke kedai, lupa nombor telefon atau dos ubat yang biasa dimakan antara sebahagian gejala ringan.

Apabila pesakit lupa mencampurkan gula dalam minuman, garam dalam masakan atau cara-cara membancuh air dikategorikan sebagai peringkat sederhana.

Apabila pesakit sudah tidak mampu melakukan perkara asas seperti menguruskan diri sendiri, keliru dengan keadaan persekitaran di rumah, tidak mengenali rakan-rakan atau ahli keluarga terdekat, ia menandakan tahap pesakit di peringkat yang serius.



Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Viewing all articles
Browse latest Browse all 951