PCK Processing and Marketing Enterprise
Sijil halal di tarik balik oleh JAIPk
Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah mengesahkan sijil halal PCK Processing and Marketing Enterprise yang beroperasi di Seri Manjung telah ditarik balik.

Menurut satu surat bertarikh 1 Jun 2015 yang telah tersebar melalui aplikasi Whatsapp, penarikan sijil berkenaan disebabkan oleh syarikat tersebut telah melanggar Prosedur Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) setelah diberi notis NCR sebanyak dua kali.
Sehubungan itu, JAIPk telah melarang syarikat berkenaan untuk menggunakan logo Halal Malaysia pada produk dan premis-premisnya di semua cawangan berkuatkuasa serta merta.
Larangan tersebut dilakukan kerana ia boleh menjadi satu kesalahan dibawah Akta Perihal Dagangan 2011 sekiranya syarikat berkenaan masih berdegil untuk menggunakan logo halal Malaysia dalam apa cara sekali pun.

PCK Processing and Marketing Enterprise adalah sebuah syarikat yang pembekal dan pengedar barang-barang sejuk beku serta barangan segar.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari http://www.halal.gov.my/ehalal/directory_standalone.php?type=S&cari=Ti
