Duit di telan mesin CDM
Assalamualaikum dan Salam sejatera.
Hari ini, Abe We nak berkongsi satu cerita. Cerita yang menusuk kalbu apabila kita membacanya dan boleh mencernakan perasaan amarah.
Al-kisah....(toyibbbbbbb)....maka tersebutlah satu kisah...(toyibbbb), pada suatu tengah hari yang agak panas, dengan kadar kepanasan berukuran 37 darjah selsius.
Di terik tengah hari itu, berjalannya seorang pemuda, di khabarkan mempunyai rupa paras yang kacak, berbudi bahasa, baik hati, lemah lembut serta pelbagai lagi tohmahan yang elok-elok.
Berjalannya pemuda itu berseorangan, tidak di temani sesiapa hanya yang ada di kanan juga di kirinya pemenan yang setia.
Dan pemuda itu berjalan, dan terus berjalan menuju ke sebuah instituisi perbankan. Menuju ke sebuah mesin, yang kerjanya hanyalah menelan duit orang ramai tanpa belas kasihan.
Setibanya pemuda itu di mesin itu, di tenungnya. Dan beberapa saat kemudian, jari-jemarinya mula menggerakkan alunan tit tut tat tit tut. Alunan jari menerjah lembuh ke papan bernombor di atas permukaan mesin yang gelojoh itu dan menunjukkan reaksinya yang lapar.
Dan setelah habis alunan nombor itu di dendangkan maka tidak semena-mena, mesin itu membuka mulutnya, menyuarakan kelaparannya dengan alunan amarah yang membingitkan halwa telinga.
Pemuda itu, ibarat di pukau dengan amarah mesin itu yang tiada kesudahan, memasukkan beberapa not wang dari dompetnya. Sudahlah di pukau, bahkan pemuda itu terpaksa meletakkan not-not wang tersebut secara teratur. Sedang pemuda itu menyusun dengan teratur, mesin yang sungguh lapar itu segera menutup mulutnya!
Sungguh terkejut pemuda itu kerana dia tidak sempat untuk menyusunatur kesemua not-not itu.
Apabila sudah menutup mulutnya, mesin itu mendendangkan lagi alunan suaranya yang membingitkan.
Selang beberapa minit, mesin itu kaku! Ya, kaku. Tidak bergerak. Tidak berganjak.
Pemuda itu hilang akal warasnya. Panik. Terkesima. Bingung.
Mesin yang lapar kini kaku.
"Kak! ooo kak! Duit saya kena telan mesin. Macam mana?" Pemuda itu berkata kepada pekerja instituisi perbankan tersebut.
"Adik nanti buat repot ya. Mari sini isi borang. Resit mesin tadi jangan buang ye" kata pekerja instituisi perbankan tersebut"
"Adik nak bayar apa ni ye? Bayar rumah ke kereta? Kalau kereta, adik isi nombor kereta adik dekat dalam nombor akaun tu" sambungnya lagi.
Pemuda itu segera mengisi borang yang rupa parasnya huduh lagi buruk. Dan sesudah mengisi borang, pekerja instituisi perbankan itu berkata lagi.
"Bila due date bayar kereta ni dik?"
Pemuda itu menjawab "semalam, 31 haribulan"
"Oh, dah lapsed ye" balas pekerja itu.
"Ok, macam ni dik. Duit tu kena ambil masa dalam seminggu. Sebab, syarikat safeguard tu kena bagi repot mengenai mesin tu dulu. Lepas dia bagi repot, nanti kita akan depositkan duit ni ke akaun pinajaman kereta adik" sambungnya lagi.
Pemuda itu mengangguk tanda faham...........
Malang seyhhh nasib pemuda tu.
